2020-06-23

【马来文 Esei】Punca Negatif Masalah Disiplin Dalam Kalangan Pelajar

【SOALAN】 Masalah disiplin dalam kalangan pelajar di sekolah semakin meruncing disebabkan oleh beberapa punca negatif yang mendorong ke arahnya. Berikan komen anda tentang pernyataan tersebut. 由于多个负面因素的诱导,在校学生的纪律每况愈下,试对该说法提出你的意见。



Era pascaglobalisasi 全球化后时代 yang serba 完全 mencabar akal dan minda kita telah menimbulkan pelbagai kemelut 危机 sosial. Sedasawarsa ini 这一年代 sering meniti dari bibir ke bibir 口耳相传 umat manusia di segenap empat penjuru dunia 全球(世上4个方向:东南西北) tentang masalah disiplin dalam kalangan pelajar di sekolah. Fenomena ini amat meresahkan 使烦恼 semua pihak terutamanya pihak sekolah memandangkan pelajar yang bakal menjadi batu permata yang mencorakkan masa hadapan negara 国家未来栋梁. Malaysia sebagai negara berdaulat tetap terbelenggu 受困 dalam kancah 情况 negatif ini menyebabkan imej negara terjejas. Berbagai-bagai inisiatif 计策 telah dilakukan tetapi tidak berjaya. Persoalannya, apakah punca-punca negatif yang mendorong ke arahnya? 


Sudah terang lagi bersuluh 不言而喻, punca utama yang mencetuskan masalah disiplin dalam kalangan pelajar ialah kekurangan didikan agama dan moral yang kukuh dalam jiwa pelajar. Didikan agama dan moral merupakan tembok penghalang 阻碍 kepada pelajar untuk terjerumus 陷入 dalam masalah disiplin. Tanpa unsur-unsur keagamaan yang mencukupi, seseorang pelajar tidak dapat bijak mengawal emosi dan tindakannya. Pelajar itu juga kurang terdedah kepada pendidikan moral yang merupakan sukatan pelajaran yang penting. Mereka tidak dapat membuat anjakan paradigma 变化转移 dan mengubah persepsi mereka terhadap kesan-kesan negatif sekiranya melibatkan diri dalam kes disiplin. Seperti yang sedia kita maklumi, falsafah agama 宗教哲理 mengandungi pelbagai elemen berpendidikan yang bermanfaat untuk menyedarkan pelajar-pelajar yang tidak berdisiplin. Cuba kita bayangkan 试想想, jika mereka tidak memahami unsur tersebut, mereka akan terus melakukan kesalahan yang teruk lagi. Ijmal 总的来说, kekurangan didikan agama dan moral memang tidak dinafikan 无可否认 akan menyebabkan berlakunya masalah disiplin. 




Memetik wasitah nirmala seterusnya 众所周知, sebab lain yang mengakibatkan masalah disiplin pelajar termasuk ibu bapa yang sibuk mengejar materialistik sehingga mengabaikan tanggungjawab mereka untuk memelihara anak mereka. Kata peribahasa Melayu, anak umpama kain putih, ibu bapa yang mewarnakannya 子女的言行举止是由父母塑造. Pepatah ini jelas menunjukkan bahawa ibu bapa berperanan penting dalam membentuk minda dan sahsiah anak. Kebanyakan ibu bapa mahu menjadikan anak mereka seorang yang bermoral tinggi, tetapi mereka lebih cenderung 倾向 mengejar pendapatan yang lumayan 丰厚 bagi kehidupan mereka yang senang dan selesa. Tanpa disedari mereka, anak-anak kekurangan kasih sayang ibu bapa sekali gus 同时 mengakibatkan mereka semakin mementingkan diri serta melakukan apa-apa jua 单单 masalah disiplin untuk tujuan mendapat perhatian yang penuh daripada ibu bapa. Sekiranya tiada persefahaman antara mereka, sudah pasti bibit-bibit 苗种 kasih sayang yang dipupuk selama ini hilang sebagai akibat daripada sikap egotisme 自我 tanpa memikirkan impak 后果 yang bakal mengganggui kehidupan anak-anak pada hari mendatang. Ibu bapa sepatutnya meluangkan masa mereka dari semasa ke semasa untuk menjaga dan mengasuh 教唆 anak-anak seperti menatang minyak yang penuh 无微不至. Malangnya, tidak beberapa ibu bapa dapat mencapai usaha ini. Tegasnya, kesibukan ibu bapa yang bekerja turut mendorong masalah disiplin tercetus 引起


Daripada sudut kodifikasi yang berbeza 从不同的法则角度, masalah disiplin dalam kalangan pelajar di sekolah juga berpunca daripada pengaruh rakan sebaya. Rakan merupakan teman kedua yang rapat selain anggota keluarga kita. Walaupun begitu, kita mestilah memilih rakan dengan betul. Pelajar yang kurang berdisiplin tidak dapat membezakan yang kaca ataupun yang permata 或好或坏 kerana mereka semata-mata 一味 mengenali semua rakan tanpa membuat sebarang pilihan. Tindakan pelajar yang sanggup menuruti kata-kata rakannya tanpa memikirkan risiko dapat diumpamakan seperti kerbau dicucuk hidung 毫无主见. Mereka tidak mempunyai jati diri yang utuh 完整 kerana tidak tahu bahawa bukannya semua kawan-kawan yang berkelakuan baik. Rakan sebaya yang berkelakuan buruk akan mempengaruhi seseorang dengan pelbagai cara dan tindakan seperti mengajak kawan-kawannya melepak, ponteng sekolah, merokok dan sebagainya. Sebagai akibatnya, pelajar yang masih belum berfikiran matang akan terus hanyut 沉溺 dalam demoralisasi 伤风败俗 dan tidak bersikap rasional. Mafhumnya 可以了解, pengaruh rakan sebaya merupakan tunjang 根本 kepada masalah disiplin di sekolah. 


Pengaruh media massa juga menjadi punca negatif yang mendorong pelajar untuk melaksanakan gejala sosial yang mampu menjejaskan disiplin seseorang. Pihak media massa bertanggungjawab untuk menyiarkan program-program televisyen yang sihat dan menyebarkan maklumat yang berfaedah. Masalahnya, pihak media massa tidak banyak menapis 过滤 program yang bertemakan 主题 keganasan seperti filem Bohsia dan KL Gengster untuk tujuan menarik perhatian penonton-penonton. Mereka tidak mempedulikan bantahan daripada rakyat yang berinsaniah 有人性的 seperti mencurahkan air ke daun keladi 难以劝解,白费心机 walaupun pernah menerima aduan dan nasihat dalam kalangan masyarakat. Paparan aksi daripada filem-filem dan komik-komik ini sedikit sebanyak mempengaruhi perilaku 言行举止 pelajar. Pelajar-pelajar yang menebalkan 固有 sikap ingin tahunya selepas menonton program sebegini tentu akan mencontohi kelakuan artis dan mengaplikasikan 运用 dalam pergaduhan atau pertelingkahan. Masalah disiplin pula berlaku disebabkan salah laku mereka. Intihanya 最终, pengaruh media massa merupakan salah satu punca masalah disiplin di sekolah. 


Konklusinya, masalah disiplin dalam kalangan pelajar di sekolah semakin bertambah bagai cendawan tumbuh selepas hujan 如雨后春笋般增加 disebabkan beberapa punca negatif. Jika masalah ini dipandang enteng 忽视, maka mampu mencipta jenayah yang lebih besar. Tiada ubat yang tiada penawarnya 凡事都有解药, sebelum kudis menjadi tokak 变本加厉, semua pihak perlulah berganding bahu untuk melancarkan usaha-usaha menangani masalah disiplin dalam kalangan pelajar dan jangan bersikap bagai enau dalam belukar, melepaskan pucuk masing-masing 自私自利. Marilah kita bermuafakat untuk mengatasi masalah disiplin hingga ke akar umbi 核心 dan janganlah sudah terhantuk baru tengadah 事情发生后才觉悟.

Ditulis oleh Ginson Lim
pada tahun 2016

没有评论:

发表评论