2020-05-23

【EKO 经济】STPM Penggal 3 Bab 3 第三学期经济第三课笔记

3.1 Perdagangan Antarabangsa dan Keterbukaan Ekonomi 国际贸易&经济开放


1. Definisi Konsep Perdagangan Antarabangsa

a. Perdagangan Antarabangsa 国际贸易 

Maksud:
Merujuk kepada pertukaran B&P antara penduduk yang melangkaui sempadan antarabangsa.
通过人民交换B&P超越国际边界 (Example: Cocacola, Sony, Canon...)

b. Ekonomi Terbuka 

Maksud:
Ekonomi sesebuah negara yang mengamalkan perdagangan antarabangsa yang melibatkan aktiviti eksport dan import B&P.
一个国家的经济从事国际贸易,所谓的进出口

c. Keterbukaan Ekonomi 

Maksud:
Mengukur sejauh mana ekonomi di sesebuah negara bergantung pada sektor luar negara atau perdagangan antarabangsa melalui aktiviti eksport dan import. 
衡量一个国家的经济来自外国部门或国际贸易(X & M)

d. Eksport

Maksud:
Kegiatan menjual B&P ke luar negara. 卖东西去外国

e. Import

Maksud:
Kegiatan membeli B&P dari luar negara. 从外国买东西

2. Dua Cara Mengukur Darjah Keterbukaan Sesebuah Ekonomi
*两种方式衡量一个国家有几开放(很依赖/很少依赖国际贸易)

(i) Nisbah Eksport terhadap Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK)


Keterbukaan Ekonomi = Eksport 
                                         KDNK

(ii) Nisbah Eksport dan Import terhadap Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK)


Keterbukaan Ekonomi = Eksport + Import
                                                 KDNK

***Jawapan dalam NISBAH = X :

*算出来后的重点:

1. Semakin besar nisbah eksport kepada KDNK atau nilai eksport + import kepada KDNK, semakin besar darjah keterbukaan ekonomi negara, iaitu tahap kebergantungan ekonomi kepada luar negara adalah tinggi.

号码越大 = 依赖越大(多数赚到的钱都是从国际贸易)

2.  Nilai keterbukaan ekonomi yang tinggi menunjukkan ekonomi sesebuah negara adalah lebih terbuka dan banyak bergantung pada ekonomi luar negara.

3.2 Kesan Perdagangan Antarabangsa

1. Kesan Positif Perdagangan Antarabangsa terhadap ekonomi (背3个就好)

a) Memperoleh barang yang tidak dapat dikeluarkan dalam negara 得到本地不能出产的东西

Perbezaan sumber semula jadi seperti cuaca, iklim, dan tanah

自然资源差异(天气,气候和土地)

Sesebuah negara mengimport barang yang tidak dapat mengeluarkan barang tertentu.

其他国家就会进行国际贸易跟本地(因为本地不会出产一些比较高级的产品)

Kesan:
Perdagangan antarabangsa membolehkan sesebuah negara mengimport barang yang tidak dapat dikeluarkan oleh negaranya. 可以让人民享用本地没出产过的产品

Penduduk negara tersebut juga dapat menikmati lebih banyak jenis barang yang tidak dapat dikeluarkan dalam negara. 人民有比较多选择

Contoh:

Jepun dapat mengimport kelapa sawit dan getah dari Malaysia.

b) Meluaskan pasaran 扩大市场

Perdagangan antarabangsa menggalakkan sesebuah negara mengkhusus dalam pengeluaran barang tertentu yang mempunyai faedah berbanding. 

鼓励一个国家专门生产某些具有比较优势的商品

Sebab:
Pengeluar dapat menikmati faedah ekonomi bidangan kerana dapat meningkatkan pengeluaran secara besar-besaran dengan kos pengeluaran yang lebih rendah.

制造商可以享受经济效益因为可以出产多和成本低

Lebihan keluaran dalam negara akan dipasarkan di peringkat antarabangsa untuk memenuhi keperluan pasaran antarabangsa selain pasaran tempatan.

国内剩余的产品将会在国际上销售来满足国际市场和国内市场的需求

Kesan:
Liputan pasaran keluaran tersebut menjadi luas 市场扩大 dan sasaran pasaran baharu akan wujud 新的市场目标即将存在.

c) Meluaskan pilihan pengguna 增加使用者的选择

Sebab:
Dapat memenuhi cita rasa pengguna yang berbeza.

可以让使用者满足不同品味!

Kesan:
Pengguna dapat membuat pilihan sama ada membeli barang tempatan atau barang import dan ini secara tidak langsung akan meningkatkan taraf hidup rakyat. (增加我们的生活水准)


d) Pengguna dapat menikmati barang dengan harga yang lebih murah 可以享用便宜商品

Sebab:Perdagangan antarabangsa mengalakkan sesebuah negara mengkhusus dalam pengeluaran barang tertentu yang mempunyai faedah berbanding.

鼓励一个国家专门生产某些具有比较优势的商品

Kesan:
Pengeluar yang menikmati ekonomi bidangan dapat meningkatkan pengeluaran secara besar-besaran dengan kos pengeluaran yang lebih rendah.

制造商可以享受经济效益因为可以出产多和成本低

Taraf hidup rakyat akan meningkat. 

增加我们的生活水准


2. Kesan negatif perdagangan antarabangsa terhadap ekonomi (背三个就好)

a) Persaingan hebat kepada industri muda 外国的公司竞争能力比PKS/IKS强

Industri muda ialah industri baru berkembang dan belum menikmati ekonomi bidangan.

比较年轻的商业都是比较新的和还没享受到任何的经济效益

Perdagangan antarabangsa menggalakkan persaingan bebas 

通常国际贸易都是促进自由竞争

Sebab:
Industri muda pasaran tempatan kurang berdaya saing berbanding dengan industri lama firma asing dari segi harga dan tingkat keluaran disebabkan kos pengeluaran industri muda yang tinggi.

年轻商业价钱和产品竞争能力比外国的旧商业差因为年轻商业的基本很高

Kesan:
Industri muda tidak mampu bersaing dengan industri lama yang sudah stabil dan menikmati ekonomi bidangan.

年轻商业没有能力跟外国的旧商业因为旧商业比较稳定和已经享用经济效益

b) Lambakan negara asing yang maju

Definisi:
Perdagangan antarabangsa memberikan peluang kepada negara yang cekap dalam pengeluaran melaksanakan dasar lambakan, iaitu menjual keluaran negara sendiri di pasaran luar negara pada harga yang lebih rendah daripada harga yang dijual di pasaran dalam negaranya untuk menguasai dan memonopolikan pasaran negara dagangnya.

国际贸易会给国外有一个机会进行倾销,那就是用低于市场价的价格大量抛售商品来击竞争对手,而来占领市场

Sebab:
Lambakan akan menghalang perkembangan industri luar negara khasnya industri muda yang tidak dapat bersaing dengannya.

倾销会阻止很多外国工厂的进展,所以我们的年轻商业没能力竞争

Kesan:
Kesannya, firma luar negara kehilangan daya saing, permintaan firma berkurang, pengangguran meningkat dan memburukkan imbangan pembayaran luar negara.

外国商业失去了竞争力,商业需求减少,失业率增加和恶化了国际收入

c) Mengakibatkan Inflasi diimport

Sebab:
Perdagangan antarabangsa mendedahkan sesebuah negara kepada masalah inflasi apabila negara rakan dagangnya mengalami inflasi

国际贸易揭示一个国家面临通货膨胀的问题

Contoh:
Contohnya, jika harga barang diimport atau bahan mentah diimport dari luar negara adalah tinggi, maka barang yang diimport dari luar negara juga dijual pada harga tinggi di pasaran tempatan dan seterusnya menyebabkan inflasi diimport.

如果一个进口的东西比较贵的话,那么那个东西自然就会卖得比较贵所以导致了通货膨胀

Kesan:
Kesannya, kos sara hidup masyarakat meningkat( 生活费提高)dan taraf hidup masyarakat merosot (生活水准下降)

d) Imbangan pembayaran negatif

Sebab:
Perdagangan antarabangsa yang menggalakkan persaingan bebas menyebabkan pertambahan import untuk barang perkilangan di negara sedang membangun dan negara kurang maju.

国际贸易很鼓励自由竞争导致到增加了许多进口货在正在发展的国家和那些落后的国家

Pertambahan import menyebabkan aliran keluar wang ke luar negara meningkat lalu menyebabkan imbangan pembayaran negatif.

进口增加导致了我们的钱外出所以国际收支面临-ve
Kesan:
Imbangan pembayaran negatif mengurangkan rizab pertukaran asing lalu menjejaskan kestabilan nilai mata wang negara sedang membangun dan negara kurang maju.

-ve国际收支减少了兑换率也导致了我们钱的价值下降


3.4 Langkah Mengawal Perdagangan Antarabangsa


1. Dasar Kerajaan Mengawal Perdagangan Antarabangsa (5个青色的)


a) Liberalisasi Perdagangan

Definisi:
Pengurangan/ penghapusan alat sekatan dalam perdagangan antarabangsa untuk memudahkan aliran barang, perkhidmatan, teknologi dan faktor pengeluaran bergerak dari sebuah negara ke negara lain.

减少/消除限制国际贸易来促进货物,服务,科技和生产要素从一个国家流向另一个国家。

Kesan:
Aktiviti perdagangan antarabangsa meningkat dan keterbukaan ekonomi negara semakin meningkat

国际贸易的活动就会提高,经济就越开放

Contoh:
Pelonggaran pegangan ekuiti, penurunan tarif, kebebasan keluar masuk tenaga profesional dan pelaburan asing.

放宽股权,降低利率,外国专业人员自由进出和外资

Matlamat Liberalisasi Perdagangan: (背三个!)
Peningkatan kecekapan pengeluaran dan pengurangan kos pengeluaran 
提高生产效率并降低生产成本

Pilihan pengguna yang lebih luas
增广用户选择


Pengguna dapat membeli B&P terbaik pada harga lebih rendah
用户可以较低的价格购买最佳的B&P


Menggalakkan kemasukan tenaga profesional dari luar negara 
鼓励来自国外的专业人才涌入


Menambah kepakaran dalam pelbagai bidang
增加各个领域的专业知识

Menggalakkan kemasukan pelaburan langsung asing
鼓励外国投资

Meningkatkan pertumbuhan ekonomi negara.
促进国家经济增长

b) Kawasan Perdagangan Bebas ASEAN/ ASEAN Free Trade Area (AFTA)

Definisi:
Satu usaha untuk meningkatkan perdagangan dalam kalangan negara ASEAN supaya negara anggota mendapat faedah terus dalam urus niaga yang dijalankan melalui pengurangan atau penghapusan tarif.

增加东盟国家之间的贸易使成员国可以直接通过降低关税或废除关税而受益。

Kesan:
Aktiviti eksport dan import antara negara ASEAN meningkat dan keterbukaan ekonomi negara semakin meningkat.

东盟国家之间的进出口增加,国家的经济开放度提高。

Matlamat AFTA:
Meningkatkan daya saing ASEAN sebagai sebuah pangkalan pengeluaran di pasaran dunia menerusi penghapusan atau pengurangan tarif, halangan bukan tarif, dan halangan kemasukan barang dalam kalangan negara ASEAN.

通过消除或降低关税,非关税壁垒以及商品在东盟国家之间的进入壁垒,提高东盟作为世界市场生产基础的竞争力。

c) Galakan Eksport

Definisi:
Dasar kerajaan untuk meningkatkan daya saing barang eksport negara di pasaran antarabangsa bagi meningkatkan eksport sesebuah negara dan seterusnya membaiki kedudukan imbangan perdagangan dan imbangan pembayaran defisit.

政府的政策是提高该国出口产品在国际市场上的竞争力,以增加该国的出口并改善贸易平衡和赤字支付平衡。

Kesan:
Eksport negara meningkat, aktiviti perdagangan antarabangsa meningkat dan keterbukaan ekonomi negara semakin meningkat dan ekonomi negara tersebut menjadi lebih kukuh.

该国的出口在增加,国际贸易活动在增加,该国的经济开放度在增加,该国的经济在发展。

Contoh: 
Subsidi eksport, pengurangan cukai eksport, skim jaminan eksport, skim pembiayaan semula kredit eksport.

出口补贴,出口减税,出口担保计划,出口信贷再融资计划。

Antara bentuk galakan eksport yang dilakukan oleh kerajaan termasuklah:
i) Pemberian insentif fiskal 提供财政激励

Definisi:
Pemberian galakan dalam bentuk perbelanjaan yang diberikan oleh kerajaan kepada pengeluar.
以政府提供给生产者的支出形式提供奖励。

Contoh: 
Pengurangan cukai keuntungan korporat, elaun cukai pelaburan (ITA), subsidi eksport dan sebagainya.
减少企业所得税,投资税收减免(ITA),出口补贴等。


Kesan:
Pengeluaran cenderung meningkatkan pengeluaran secara besar-besaran. 
X negara meningkat.

ii) Insentif Kewangan 财务奖励

Definisi:
Kerajaan memberikan kemudahan bantuan modal/ pinjaman kepada pengeksport.
政府向出口商提供出援助。
Contoh:
Bank Eksport-Import Malaysia Berhad (EXIM Bank) yang memberikan kemudahan kredit jangka pendek kepada pengeksport.
马来西亚进出口银行有限公司(EXIM Bank)为出口商提供短期信贷服务。
EXIM Bank menyediakan kemudahan pembiayaan untuk syarikat Malaysia yang mengeksport pelbagai jenis B&P ke luar negara.
进出口银行为马来西亚公司向海外出口各种类型的B&P提供融资工具。
Kesan:
Jumlah X negara meningkat.

iii) Kewujudan zon perdagangan bebas (FTZ) 自由贸易区

Definisi:
Kerajaan mewujudkan zon perdagangan bebas (FTZ) dan menyediakan kemudahan asas yang mencukupi di kawasan FTZ.
政府建立了自由贸易区,并在自由贸易区提供了足够的基础设施
Contoh:
Zon Perdagangan Bebas Bayan Lepas, Jelapang Pelabuhan Klang.

Huraian:
Syarikat yang didirikan di kawasan perdagangan bebas diberikan pelepasan cukai selama lima tahun sebagai insentif.
在自由贸易区成立的公司可享受五年免税优惠。
Kesan:
Kewujudan zon perdagangan bebas dapat menarik kemasukan pelabuaran langsung asing pelaburan domestik untuk meningkatkan pengeluaran.
Eksport negara meningkat.

iv) Infrastruktur fizikal dan institusi
Kerajaan membuat pameran dan memberikan khidmat nasihat melalui agensi kerajaan seperti Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE).
政府通过政府机构,例如马来西亚对外贸易发展公司(MATRADE)进行展览并提供咨询服务。
MATRADE menganjurkan program latihan melalui seminar 通过研讨会组织培训计划 dan bengkel bagi meningkatkan skil pemasaran antarabangsa kepada pengeksport Malaysia.
MATRADE bertindak sebagai pusat aktiviti pengeksport Malaysia untuk mendapatkan maklumat berkaitan perdagangan antarabangsa supaya syarikat Malaysia dapat menembusi pasaran antarabangsa.

v) Liberalisasi perdagangan (看回a)

c) Penggantian import

Definisi:
Strategi kerajaan untuk menggantikan import barangan dengan menggalakkan kemasukan pelaburan langsung asing bagi membangunkan industri penggantian import yang berasaskan sumber.

政府的战略是通过鼓励外国直接投资发展以资源为基础的进口替代产业来替代商品进口。

Contoh: 
Industri penggantian import mengeluarkan barang siap seperti makanan, minuman, pakaian untuk menggantikan barang yang dahulu diimport.


Bentuk insentif yang disediakan oleh kerajaan termasuklah:
(1) Taraf Perintis 
Definisi: 
Pengecualian cukai untuk tempoh lima tahun dalam bidang tertentu kepada syarikat yang memulakan pengeluaran di kawasan-kawasan yang digalakkan.
对于在促销地区启动生产的公司,在某些地区免税五年。

Contoh: 
Bagi menggalakkan pelaburan di kawasan-kawasan digalakkan iaitu di negeri-negeri Perlis, Sabah dan Sarawak dan kawasan diisytiharkan ‘Koridor Timur Semenanjung Malaysia’ (Kelantan, Terengganu dan Pahang, dan daerah Mersing di negeri Johor), syarikat bertempat di kawasan-kawasan ini akan menikmati 100% pengecualian cukai ke atas pendapatan berkanun masing-masing selama lima tahun. 

(2) Elaun cukai pelaburan (ITA)
Definisi: 
ITA iaitu insentif yang diberikan kepada syarikat yang tidak mendapat taraf perintis.
对没有先驱地位的公司给予奖励
Contoh:
Syarikat yang diberikan ITA menerima elaun sebanyak 60% ke atas perbelanjaan modal layak ( seperti kilang, loji, jentera dan peralatan lain yang digunakan bagi projek diluluskan) yang dilakukan dalam tempoh lima tahun dari tarikh perbelanjaan modal layak pertama.

(3) Elaun infrastruktur
Definisi: 
Insentif yang diberikan kepada syarikat yang menjalankan aktiviti pembuatan, pertanian, perhotelan, dan pelancongan di kawasan yang digalakkan.
对在促销区从事制造业,农业,酒店和旅游活动的公司的奖励。
Contoh:
Syarikat diberikan elaun 100% ke atas perbelanjaan modal untuk membina infrastruktur seperti membina jalan raya dan jambatan.

d) Dasar Perlindungan [Definisi, Tujuan, Bentuk]

Definisi:
Strategi kerajaan untuk mengenakan pelbagai sekatan perdagangan bagi melindungi industri tempatan yang menghasilkan keluaran untuk pasaran domestik atau pasaran luar negara.

政府的策略是施加各种贸易限制,以保护为国内或国外市场生产产品的本地产业。

Tujuan Dasar Perlindungan (3)

i) Melindungi industri tempatan yang muda

Sebab: 
Keupayaan pengeluaran industri muda belum mencapai tingkat optimum
Kos Pengeluaran adalah tinggi.
Industri tidak dapat bersaing dengan industri luar negara dari segi harga dan tingkat keluaran serta kualiti keluaran.

Kesan:
Sekatan kerajaan terhadap perdagangan antarabangsa membolehkan industri muda untuk terus berkembang dan meningkatkan keluaran seterusnya bersaing dengan keluaran negara lain.

ii) Meningkatkan guna tenaga

Sebab:
Perdagangan bebas menyebabkan permintaan terhadap keluaran tempatan berkurang kerana harga barang tempatan secara relatifnya lebih mahal berbanding dengan harga barang import.

Kesan:
Perlaksaan dasar perlindungan dapat menyekat atau mengurangkan kemasukan barang import lalu menyebabkan permintaan terhadap barang tempatan bertambah.
Hal ini akan mendorong industri tempatan untuk meningkatkan pengeluaran dan pelaburan, sekali gus mewujudkan lebih banyak peluang pekerjaan.

iii) Membaiki imbangan pembayaran negatif/ defisit

Sebab:
Imbangan pembayaran defisit berlaku apabila nilai import > nilai eksport.

Kesan: 
Pelaksaan dasar perlindungan bagi meningkatkan eksport dan mengurangkan import dapat meningkatkan aliran masuk wang dari negara dan mengurangkan aliran keluar wang ke luar negara.
Imbangan pembayaran kurangan dapat diperbaiki

Bentuk Alat Dasar Perlindungan:
(1) Tarif 

Definisi:
Cukai yang dikenakan ke atas barang import.

Kesan:
Harga barang M cenderung menjadi lebih mahal berbanding dengan harga barang tempatan.
DD terhadap barang import berkurang
DD terhadap barang tempatan meningkat
Nilai import barang menurun
X bersih meningkat ( X > M )
Imbangan akaun perdagangan bertambah baik
Imbangan pembayaran defisit dapat dibaiki.

(2) Kuota

Definisi:
Sekatan yang dilaksanakan oleh kerajaan terhadap kuantiti maksimum sesuatu barang yang boleh diimport oleh sesebuah negara dari negara lain dalam suatu tempoh tertentu.
政府对一个国家在一段时间内可以从另一个国家进口的最大商品数量施加的限制。
Kesan:
DD barang import berkurang
DD terhadap barang tempatan meningkat.
Nilai M barang menurun
X bersih meningkat
Imbangan akaun perdagangan bertambah baik
Imbangan pembayaran defisit dapat dibaiki.

(3) Embargo

Definisi:
Sekatan sempurna yang dilaksanakan oleh kerajaan sesebuah negara terhadap barang import dari negara tertentu di mana barang import langsung tidak dibenarkan memasuki negara tersebut.
一国政府对某些不允许直接进口的国家的进口实行完全限制。
Contoh: 
Malaysia menyekat sepenuhnya terhadap kemasukan barang import dari Israel.

Kesan:
M berkurang
Nilai M barang menurun
X bersih meningkat.
Imbangan akaun perdagangan bertambah baik
Imbangan pembayaran defisit dapat dibaiki.

(4) Kawalan pertukaran mata wang asing

Definisi:
Kawalan pertukaran mata wang asing melibatkan tindakan kerajaan melalui bank pusat mengehadkan jualan mata wang asing kepada bank perdagangan dan institusi kewangan lain.
外汇管制涉及政府通过中央银行采取的行动,以限制向商业银行和其他金融机构出售外汇。
Apabila bank pusat mengehadkan penjualan mata wang asing kepada institusi kewangan, penjualan mata wang asing oleh institusi kewangan kepada pengimport tempatan turut dihadkan.
当中央银行限制向金融机构出售外币时,也限制了金融机构向本地进口商出售外币。
Kesan:
Kemampuan pengimport tempatan untuk mengimport berkurang.
DD terhadap barang diimport berkurang.
Nilai M barang menurun
X bersih meningkat
Imbangan akaun perdagangan bertambah baik.
Imbangan pembayaran defisit dapat dibaiki.

(5) Piawaian kesihatan dan keselamatan

Definisi:
Kerajaan mengenakan peraturan dan undang-undang yang ketat terhadap kemasukan barang import.
政府对进口货物实行严格的规章制度。
Contoh:
Kerajaan Malaysia mewajibkan sijil dan logo halal bagi makanan yang diimport.
Makanan yang diimport juga mesti dibungkus, disimpan dengan bersih dan selamat.

Kesan:
M berkurang
Nilai M barang menurun
X bersih meningkat.
Imbangan akaun perdagangan bertambah baik
Imbangan pembayaran defisit dapat dibaiki.

(6) Subsidi Eksport 

Definisi:
Pemberian subsidi eksport kepada pengeksport tempatan akan mengurangkan kos pengeluaran pengeksport tempatan dan seterusnya membolehkan harga barang eksport menjadi lebih murah berbanding dengan harga barang import.
向本地出口商提供出口补贴将降低本地出口商的生产成本,因此与进口商品的价格相比降低了出口商品的价格
Kesan:
DD terhadap barang import berkurangan
DD terhadap barang eksport berkurangan
Nilai M barang menurun 
X bersih meningkat
Imbangan akaun perdagangan bertambah baik
Imbangan pembayaran defisit akan dibaiki

3.5 Imbangan Akaun Semasa di Malaysia

1. Akaun Semasa

Definisi:
Satu akaun yang mencatat aliran wang bagi urus niaga yang melibatkan eksport dan import barang dan perkhidmatan, pendapatan serta pindahan semasa antara sebuah negara dengan negara lain dalam tempoh setahun.
记录一年之内涉及商品和服务进出口的交易,国家和国家之间的收入和经常转移的资金流量的账户
Formula:
Imbangan akaun semasa = Imbangan akaun perdagangan + Imbangan akaun perkhidmatan + Akaun pendapatan primer + Akaun pendapatan sekunder

2. Akaun Dagangan

Definisi:
i) Satu akaun yang mencatat nilai bersih bagi urus niaga yang melibatkan eksport dan import barang nyata antara sebuah negara dengan negara lain dalam tempoh setahun.
记录一个国家和另一个国家之间一年内涉及实物进出口的交易的净资产的账户
ii) Imbangan akaun perdagangan menunjukkan perbezaan antara nilai eksport barang nyata dengan nilai import barang nyata bagi sebuah negara dalam tempoh setahun.
(Definisi 可以直接写formula下去)

Formula:
Imbangan akaun perdagangan = Nilai eksport barang - Nilai import barang

3. Akaun Perkhidmatan

Definisi:
Satu akaun yang mencatat nilai bersih bagi urus niaga yang melibatkan eksport dan import perkhidmatan antara sebuah negara dengan negara lain dalam tempoh setahun.
记录一年之内涉及国家与国家之间服务出口和进口的交易净值的帐户。
Jenis perkhidmatan terdiri daripada :
a) Pengangkutan
Definisi:
Perbezaan antara nilai penggunaan perkhidmatan pengangkutan udara dan laut Malaysia oleh rakyat asing dengan nilai penggunaan perkhidmatan pengangkutan udara dan laut negara asing oleh rakyat Malaysia.

b) Perjalanan
Definisi:
Perbezaan antara nilai rakyat negara asing yang melawat Malaysia untuk tujuan pelancongan, pendidikan, kesihatan, perniagaan dengan nilai rakyat Malaysia yang melawat ke negara asing.

c) Perkhidmatan lain
Definisi:
Perbezaan antara penerimaan dan pembayaran atas yuran kontrak, yuran perkhidmatan profesional, yuran pengurusan dan agensi, yuran francais, royalti atas jualan buku dan cakera padat.

4. Akaun Pendapatan Primer

Definisi: 
Satu akaun yang mencatat penerimaan dan pembayaran pendapatan pelaburan dan pampasan pekerja antara sebuah negara dengan negara lain dalam tempoh setahun
Pendapatan Pelaburan
Definisi: 
perbezaan antara nilai keuntungan yang diperoleh oleh pelabur tempatan di luar negara dengan keuntungan yang diperoleh oleh pelabur asing di dalam negara.

5. Akaun Pendapatan Sekunder / Pindahan Semasa


Definisi:Satu akaun yang mencatat nilai bersih bagi bayaran pindahan yang terdiri daripada pindahan swasta (bayaran pindahan antara penduduk sebuah negara dengan penduduk negara lain) dan pindahan rasmi (bayaran pindahan antara kerajaan sebuah negara dengan kerajaan negara lain) antara sesebuah negara dengan negara lain dalam tempoh setahun.

Contoh:
Pekerja warga asing menghantara wang balik kepada keluarga di negara asal, pengiriman wang ke luar negara untuk membiayai perbelanjaan anak yang melanjutkan pelajaran di luar negara, derma / bantuan kewangan kepada negara yang dilanda tsunami dan gempa bumi.

3.6 Kadar Pertukaran Asing (SEM 2 学过)

Definisi:
Nilai mata wang tempatan yang dinyatakan dalam nilai mata wang negara asing.

Contoh:
RM1 = USD0.27

ATAU

Definisi:
Merujuk kepada harga atau nilai mata wang sesebuah negara dalam sebutan mata wang negara asing

Malaysia mengamalkan kedua-dua sistem kadar pertukaran tetap dan sistem kadar pertukaran boleh ubah:

 Tempoh Huraian
 Tahun 1970-an Malaysia mengamalkan sistem kadar pertukaran boleh ubah. (USD 1 = RM 2.50
 Tahun 1998 Malaysia mengamalkan sistem kadar pertukaran tetap dan sistem kadar pertukaran boleh ubah.
Bermula bulan September 1998 hingga Julai 2005, Malaysia mengamalkan sistem kadar pertukaran tetap dengan Amerika Syarikat akibat krisis kewangan di Asia pada tahun 1997. Ringgit Malaysia ditambatkan dengan Dolar Amerika pada USD 1 = RM 3.80
Malaysia juga mengamalkan kadar pertukaran boleh ubah dengan negara lain.
 Julai 2005Malaysia menamatkan tambatan RM dengan USD dan mengamalkan sistem kadar pertukaran boleh ubah sehingga hari ini.


A. Sistem Kadar Pertukaran Asing Tetap

Definisi:
Satu sistem kadar pertukaran mata wang sebuah negara dengan mata negara asing ditetapkan oleh kerajaan sesebuah negara melalui bank pusat pada satu kadar yang lebih tinggi atau lebih rendah daripada kadar yang ditetapkan oleh pasaran.

Contoh:
Kadar pertukaran yang ditetapkan oleh pasaran ialah USD 1 = RM 3.20 tetapi kerajaan telah campur tangan dengan menetapkan kadar pertukaran pada USD 1 = RM3.40. Apabila ini berlaku, RM dikatakan terkurang nilai/ devaluasi RM dan sebaliknya

B. Sistem Kadar Pertukaran Asing Boleh Ubah

Definisi:
Satu sistem kadar pertukaran mata wang sebuah negara dengan mata wang negara asing ditentukan oleh kuasa permintaan dan penawaran mata wang asing yang terdapat di pasaran pertukaran asing tanpa campur tangan kerajaan.

Contoh:
Lebih permintaan mata wang asing (USD) menyebabkan nilai mata wang asing (USD) meningkat atau nilai mata wang tempatan (RM) menurun dan sebaliknya.

C. Kesan Perubahan Kadar Pertukaran Asing terhadap Ekonomi Malaysia


 RM Susut Nilai 
Eksport
Harga eksport B&P Malaysia secara relatif lebih murah berbanding dengan negara lain.

DD terhadap eksport B&P Malaysia oleh negara asing meningkat

Eksport Malaysia meningkat dan nilai eksport B&P Malaysia meningkat

Import
Harga import B&P dari negara asing secara relatif lebih mahal berbanding dengan Malaysia

DD terhadap import B&P dari negara asing oleh Malaysia berkurang

Import Malaysia dari negara asing berkurang dan nilai import B&P Malaysia berkurang

Kesan:
Imbangan akaun dagangan, akaun perkhidmatan serta akaun semasa bertambah baik.
Imbangan pembayaran defisit dapat dibaiki akibat pertambahan nilai eksport dan pengurangan nilai import.

Peningkatan DD barang eksport Malaysia dan pengurangan DD barang import negara asing menggalakkan pengeluaran tempatan meningkatkan keluaran dengan meningkatkan DD terhadap tenaga buruh.

Daya saing sektor yang berasaskan eksport semakin meningkat

Kewujudan lebih banyak peluang pekerjaan, guna tenaga meningkat, pengangguran dalam ekonomi dikurangkan.

Keluaran negara meningkat, pendapatan negara meningkat.


RM naik nilai
Eksport
Harga eksport B&P Malaysia secara relatif lebih mahal berbanding dengan negara lain.

DD terhadap eksport B&P Malaysia oleh negara asing berkurang

Eksport Malaysia berkurang dan nilai eksport B&P Malaysia berkurang

Import
Harga import B&P dari negara asing secara relatif lebih murah berbanding dengan Malaysia

DD terhadap import B&P dari negara asing oleh Malaysia meningkat

Import Malaysia dari negara asing meningkat dan nilai import B&P Malaysia meningkat

Kesan:
Imbangan akaun dagangan, akaun perkhidmatan serta akaun semasa bertambah buruk lalu memburukkan kedudukan dalam imbangan pembayaran akibat pengurangan nilai eksport dan peningkatan nilai import.

Pengurangan DD barang eksport Malaysia dan peningkatan DD barang import negara asing menyebabkan pengeluar tempatan mengurangkan keluaran dengan mengurangkan DD terhadap tenaga buruh.

Daya saing sektor yang berasaskan eksport semakin menurun

Peluang pekerjaan terhad, guna tenaga menurun, pengangguran dalam ekonomi meningkat

Keluaran negara berkurang, pendapatan negara berkurang.







2 条评论: