2020-07-29

【EKO 经济】STPM Penggal 3 Bab 4 第三学期经济第四课笔记


Bab 4 Perusahaan Kecil dan Sederhana

4.1 Unit Perniagaan

Definisi:
Perniagaan merujuk kepada aktiviti yang menyediakan B&P yang diperlukan oleh sesuatu sistem ekonomi.  记得准备B&P就对了,小公司

Unit Perniagaan terdiri daripada (5) Pemilikan tunggal, Perkongsian, Syarikat Sendirian Berhad, Syarikat Awam Berhad dan Koperasi.

开始这个部分前,要背6样东西,因为全部的unit perniagaan 都有这些ciri.
Aspek = Ciri-ciri
1. Pemilikan
2. Kawalan dan Pengurusan
3. Modal
4. Tanggungan 
5. Pembahagian Keuntungan
6. Beban Cukai

A. Pemilikan Tunggal (individu) 【Pemilik】

1. Pemilikan
Ditubuhkan oleh seorang individu sahaja dan biasanya dibantu oleh alih keluarga.  
 
2. Kawalan dan Pengurusan**
Dikawal oleh pemilik sendiri. 
Pemilik bebas membuat keputusan dan dasar. 自由做决定
Pemilik mempunyai kawalan langsung ke atas perniagaan. 
 
3. Modal**
Modal adalah kecil dan terhad
Modal disumbangkan oleh pemilik sendiri daripada tabungannya atau pinjaman daripada ahli keluarga. 
 
4. Tanggungan(无限)**
Pemilik menanggung liabiliti tidak terhad
 
Jika perniagaan mengalami kegagalan atau bankrap, kerugian yang dialami oleh pemilik bukan sahaja setakat modal yang dilaburkan tetapi juga melibatkan aset peribadi untuk menampung kerugian perniagaan. 
 

5. Pembahagian keuntungan
Segala keuntungan atau kerugian akan ditanggung sendiri oleh pemilik perniagaan.

6. Beban Cukai
Pemilik hanya dikenakan cukai pendapatan perseorangan
 
B. Perkongsian  (2< orang <20) 【Rakan Kongsi/ Pekongsi】
1. Pemilikan
Dimiliki oleh 2 orang rakan kongsi atau lebih tetapi tidak melebihi 20 orang rakan kongsi bagi perniagaan biasa.

2. Kawalan dan Pengurusan **
Dikawal oleh penyumbang modal 资本贡献者 dan diuruskan oleh rakan kongsi yang aktif dalam operasi perniagaan dengan bantuan sebilangan pekerja yang digaji. 

3. Modal**
Modal disumbangkan oleh rakan kongsi berdasarkan syarat yang terkandung dalam perjanjian bertulis di dalam Artikel Perkongsian.

4. Tanggungan (无限)**
Menanggung liabiliti tidak terhad kecuali rakan kongsi terhad.

5. Pembahagian keuntungan
Jumlah keuntungan diagihkan kepada rakan kongsi berdasarkan syarat atau nisbah sumbangan modal yang terkandung dalam perjanjian bertulis di bawah Artikel Perkongsian.

6. Beban Cukai
Setiap rakan kongsi hanya membayar cukai pendapatan perseorangan

Perbezaan antara Pemilikan Tunggal & Perkongsian (读!)**

C. Syarikat Sendirian Berhad(2-50 orang)【Pemegang Saham】

1. Pemilikan
Dimiliki oleh 2 hingga 50 orang pemegang saham. 
Pemegang sahan biasanya terdiri daripada ahli keluarga, saudara-mara, sahabat handai (朋友)dan pihak tertentu yang dipelawa. 

2. Kawalan dan Pengurusan 
Kawalan dan pengurusan dijalankan oleh sebuah lembaga pengarah (董事会) yang dilantik oleh pemegang saham (股东) dalam Mesyuarat Agung Tahunan (年度股东大会). 
 
Pemegang saham yang memiliki 51% atau lebih daripada jumlah saham syarikat berhak menguasai lembaga pengarah (有权利控制董事会) dan mengawal operasi syarikat. 
 
Dasar dan polisi perniagaan ditentukan oleh lembaga pengarah dan dilaksanakan oleh kakitangan profesional yang dibayar gaji.

3. Modal
Pemilik atau pemegang saham menyumbangkan modal perniagaan melalui penerbitan saham(发行股票)

4. Tanggungan (有限)
Pemilik atau pemegang saham menanggung liabiliti terhad, iaitu sekatat jumlah sumbangan modal.
 
5. Pembahagian keuntungan
Keuntungan dibayar dalam bentuk dividen (红利) kepada pemilik atau pemegang saham.
 
6. Beban Cukai (2个cukai)
Syarikat perlu membayar cukai pendapatan syarikat.
Pemilik atau pemegang saham juga dikenakan cukai pendapatan perseorangan.

D. Syarikat Awam Berhad  (2 > ∞)
 
1. Pemilikan
Dimiliki oleh sekurang-kurangnya 2 orang pemegang saham dan tiada had maksimum (没有限制)pemegang saham.

2. Kawalan dan Pengurusan  (跟上面一样)
Kawalan dan pengurusan dijalankan oleh sebuah lembaga pengarah yang dilantik oleh pemegang saham dalam Mesyuarat Agung Tahunan. 
 
Pemegang saham yang memiliki 51% atau lebih daripada jumlah saham syarikat berhak menguasai lembaga pengarah dan mengawal operasi syarikat. 
 
Dasar dan polisi perniagaan ditentukan oleh lembaga pengarah dan dilaksanakan oleh kakitangan profesional yang dibayar gaji.

3. Modal
Syarikat mengumpulkan modal melalui penerbitan saham dan bon atau debentur kepada orang ramai.

4. Tanggungan
Tanggungan pemilik atau pemegang saham terhad kepada jumlah modal yang dilaburkan dalam perniagaan.
 
5. Pembahagian keuntungan
Keuntungan dibayar dalam bentuk dividen kepada pemilik atau pemegang saham.
 
6. Beban Cukai
Syarikat perlu membayar cukai pendapatan syarikat.
Pemilik atau pemegang saham juga dikenakan cukai pendapatan perseorangan.

**Persamaan Syarikat Bhd / Sdn. Bhd. 
Perbezaan Syarikat Bhd / Sdn. Bhd. 

E. KOPERASI (50  > ∞ )

1. Pemilikan
Pemilik terdiri daripada ahli koperasi selaku pemegang saham. Bilangan minimum ahli koperasi ialah 50 orang dan tiada had maksimum.

2. Kawalan dan Pengurusan 
Diuruskan dan ditadbir oleh lembaga pengarah yang dilantik semasa Mesyuarat Agung Tahunan berdasarkan 'satu anggota, satu undi', iaitu setiap ahli hanya mempunyai satu undi dalam pemilihan ahli lembaga pengarah.
 
Lembaga Pengarah menentukan segala dasar dan polisi koperasi. Pengurusan harian koperasi dikendalikan oleh pekerja yang digaji.

3. Modal
Modal diperoleh melalui kutipan yuran (钱都是来自收费), iaitu sama ada yuran bulanan atau yuran tahunan yang dibayar serta saham yang dibeli oleh ahlinya.

4. Tanggungan
Semua anggota koperasi menanggung liabiliti yang terhad. Jika koperasi mengalami kegagalan kerugian setakat modal yang dilaburkan. Harta peribadi ahli koperasi tidak boleh dituntut oleh pemiutang untuk menjelaskan hutang koperasi. 
 
5. Pembahagian keuntungan
Keuntungan dibayar dalam bentuk dividen kepada pemilik atau pemegang saham.
 
6. Beban Cukai
Pengecualian cukai bagi lima tahun yang pertama bermula dari tarikh pendaftaran koperasi. Pengecualian cukai tersebut diteruskan selepas lima tahun juka kumpulan wang ahli tidak melebihi RM750,000.

4.2 Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS)

i. PKS di Malaysia boleh dibahagi kepada tiga kategori, iaitu mikro, kecil dan sederhana yang ditetapkan berdasarkan nilai jualan tahunan dan bilangan pekerja sepenuh masa.

ii. PKS ialah syarikat dengan nilai jualan tahunan tidak melebihi RM50 juta atau mempunyai pekerja sepenuh masa tidak melebihi 200 orang.  (没有超过 RM50,000,000 或 没有拥有超过200 个full time 的员工)

Contohnya, pengusaha batik dan kraf tangan, pengusaha produk makanan ringan, pengusaha homestay.

iii. Industri berasaskan sumber ialah industri yang menghasilkan keluaran dengan menggunakan sumbeh bahan mentah (原材料来源).

Contohnya, industri berasaskan kayu, industri berasaskan getah, industri berasakan kelapa sawit.

iv.  Industri bukan berasaskan sumber ialah industri menghasilkan keluaran dengan menggunakan input perantaraan atau barang separuh siap (半成品). 

Contohnya, industri berasaskan elektrik dan elektronik, industri berasaskan logam, industri tekstil dan pakaian.

v.  Kegiatan PKS dapat diklasifikasikan kepada industri berasaskan sumber, industri berasaskan logam, industri berasaskan plastik, industri berasaskan elektrik dan elektronik, industri komponen automotif, industri pemprosesan makanan, industri pembuatan lain (industri kraf tangan, industri pakaian, industri berasaskan bahan bukan logam, industri berasaskan getah)

Kategori/ Sektor (3)

Perkilangan

Perkhidmatan dan Sektor lain

Mikro

Nilai jualan tahunan kurang daripada RM300 000.

ATAU

Pekerja sepenuh masa kurang daripada 5 orang pekerja


Nilai jualan tahunan kurang daripada RM300 000

ATAU

Pekerja sepenuh masa kurang daripada 5 orang pekerja

Kecil

Nilai jualan tahunan dari RM300 000 hingga kurang daripada RM15 juta

ATAU

Pekerja sepenuh masa dari 5 orang pekerja hingga kurang daripada 75 orang pekerja


Nilai Jualan tahunan dari RM 300 000 hingga kurang daripada RM3 juta

ATAU

Pekerja sepenuh masa dari 5 orang pekerja hingga kurang daripada 30 orang pekerja.

Sederhana

Nilai jualan tahunan dari RM15 juta hingga tidak melebihi RM50 juta.

ATAU

Pekerja sepenuh masa dari 75 orang pekerja hingga tidak melebihi 200 orang pekerja

Nilai jualan tahunan dari RM3 juta hingga tidak melebihi RM20 juta.

ATAU

Pekerja sepenuh masa dari 30 orang pekerja hingga tidak melebihi 75 orang pekerja



A. CIRI-CIRI PKS  (6) **超级重要!


1. Jenis keluaran
Jenis keluaran dibahagikan kepada dua jenis yang utama, iaitu barang pengguna dan barang berupa alat ganti dan komponen.

(i) Barang pengguna dihasilkan untuk memenuhi keperluan harian.

Contohnya, industri makanan dan minuman, industri tekstil dan pakaian, industri perabot, dan industri kraf tangan.

(ii) Barang berupa alat ganti dan komponen dihasilkan untuk menyokong industri besar seperti kusyen kereta, bateri kereta, rim tayar, nat, skru, dan sebagainya.

2. Organisasi
Struktur organisasi lebih mudah, berskala kecil, kurang birokratik dan kurang formal.

Sebahagian besar sumber tenaga terdiri daripada ahli keluarga, saudara-mara dan beberapa pekerja yang digaji.

Bagi PKS yang bersaiz kecil, pengkhususan tidak dapat diamalkan sepenuhnya. Kadangkala seorang pekerja terpaksa menjalankan pelbagai fungsi.

Bagi PKS yang bersaiz sederhana, pengkhususan kerja diamalkan kerana struktur organisasi lebih kompleks 复杂.

3. Modal
Bermodal kecil atau sederhana

PKS sering kali menghadapi kekurangan modal kerana kesukaran untuk mendapatkan pinjaman daripada institusi kewangan. 

Sebahagian besar modal disumbang oleh rakan kongsi, dipinjam daripada ahli keluarga atau tabungan sendiri.

4. Lokasi
Terletak di merata-rata seperti di kawasan perindustrian yang murah, di pinggir bandar, di bandar kecil, di desa, adakalanya di rumah sendiri.

5. Pekerja
Kebanyakan pekerja PKS adalah buruh kurang mahir dan tidak mahir, mempunyai pendidikan formal yang rendah, kurang didedahkan kepada kursus dan latihan.

Pekerja sering bertukar ganti kerana bayaran gaji yang rendah.

6. Teknologi pengeluaran
PKS menggunakan peralatan dan mesin yang ringkas kerana masalah kekurangan modal.

Teknik pengeluaran PKS adalah berintensifkan buruh dan kurang menggunakan mesin.

Pengkhususan kerja tidak diamalkan sepenuhnya. Pengusaha sukar mengubah proses dan reka bentuk keluaran kerana terikat dengan cara lama, kekurangan modal, warisan keluarga.

B. Sumbangan PKS terhadap ekonomi

i. Meningkatkan guna tenaga dan mengurangkan pengangguran dalam ekonomi

Sebab:
Kebanyakan PKS menggunakan teknik pengeluaran berintensifkan buruh dalam proses pengeluarannya. 通常都是使用人来做工

Kesan:
Perkembangan pesat PKS dapat mewujudkan lebih banyak peluang pekerjaan kepada masyarakat dan secara langsung dapat meningkatkan guna tenaga dalam ekonomi lantas mengurangkan masalah pengangguran dalam negara.

ii. Meningkatkan eksport barang dan mengurangkan kebergantungan kepada barang import

Sebab
Perkembangan pesat PKS dapat memajukan industri penggantian import kerana PKS mampu menghasilkan pelbagai jenis barang pada harga yang kompetitif yang dahulunya tidak dapat dihasilkan dalam negara.

Kesan:
PKS mengalihkan perhatian rakyat untuk membeli barangan tempatan dan mengurangkan kebergantungan terhadap barang import. (Import 减少)

Ini dapat mengelakkan pengaliran wang ke luar negara. (减少钱外流出去)

Pada masa yang sama, lebihan keluaran PKS dapat dieksport ke pasaran antarabangsa untuk meluaskan pasarannya.  (Eskport 上)

Ini dapat menggalakkan pengaliran masuk wang asing ke dalam negara. 

Imbangan akaun dagangan bertambah baik dan imbangan pembayaran defisit negara dapat dibaiki.

iii. Menbangunkan industri desa di luar bandar 乡村产业

Sebab:
Kegiatan perusahaan yang dijalankan oleh PKS terutamanya di kawasan luar bandar secara tidak langsung dapat membangunkan industri desa terutamanya berkaitan dengan aktiviti pemprosesan keluaran pertanian dan pelancongan. 

Kesan:
Keadaan ini dapat meningkatkan nilai ditambah PKS.

iv. Meningkatkan pendapatan negara dan hasil kerajaan

Sebab:
PKS memberi sumbangan besar kepada perkembangan ekonomi negara dan KDNK. 

Penglibatan PKS dalam pelbagai jenis aktiviti dan sektor ekonomi banyak menyumbangkan nilai ditambah kepada pendapatan negara. 

Kesan:
Keadaan ini mempercepat pertumbuhan ekonomi negara kerana KDNK telah meningkat.

Perkembangan pesat PKS turut meningkatkan hasil kerajaan melalui cukai yang dikutip kerajaan daripada PKS akibat keuntungan PKS yang semakin meningkat.

C. Masalah yang dihadapi oleh PKS

i. Masalah kekurangan modal dan pembiayaan
PKS sukar mendapatkan pinjaman daripada institusi kewangan telah menghalangkan perkembangan PKS.

Kegagalan pengusaha PKS untuk mencagarkan harta, faedah yang boleh dicaj oleh bank perdagangan terhadap PKS dihadkan oleh bank negara pada paras yang rendah, kos pentadbiran untuk memproses pinjaman kecil-kecilan tinggi, status kewangan PKS yang diragui oleh bank perdagangan, dan pengusaha PKS yang tidak mempunyai rancangan perniagaan yang rapi dan menyakinkan menyebabkan PKS sukar mendapatkan pinjaman daripada institusi kewangan. 

Pengusaha PKS juga sukar untuk mendapatkan barang niaga secara kredit daripada pembekal tetapi terpaksa menjual barang secara kredit kepada pelanggan menyebabkan PKS menghadapi masalah pusingan modal.

ii. Masalah persaingan dalam pemasaran barang
Pengusaha PKS terpaksa bersaing sesama sendiri kerana kebanyakan PKS masih bergantung pada pasaran domestik. Pasaran domestik yang kecil menghalang perkembangan PKS.

PKS menghadapi persaingan sengit dengan perusahaan besar untuk menguasai syer pasaran domestik yang terhad. 

Kekurangan kepakaran dan kemahiran PKS dalam bidang pemasaran menyebabkan pengusaha PKS tidak dapat menikmati ekonomi bidangan disebabkan kuantiti keluaran yang kecil dan harga keluaran yang kurang kompetitif.

iii. Tingkat teknologi yang tradisional
Kebanyakan PKS menggunakan peralatan dan mesin yang ringkas dan tradisional. 

Teknik pengeluaran PKS adalah berintensifkan buruh dan kurang menggunakan mesin kerana kekurangan modal. 

Keadaan ini menjejaskan daya pengeluaran PKS dan menghalang kegiatan penyelidikan dan pembangunan (R&D) PKS. Produktiviti yang rendah meningkatkan kos pengeluaran.

D. Program Pembangunan PKS

1. Program Rantaian Industri (ILP)

Tujuan:
Meningkatkan integrasi dan merapatkan hubungan jalin antara PKS dengan syarikat besar dan multinasional.

2. Program Pembangunan Infrastruktur

Tujuan:
Menyediakan prasarana yang baik dan tapak kilang yang sesuai untuk membantu perkembangan PKS bagi menjalankan operasi perniagaan di kawasan yang diluluskan.

3. Program Pembangunan Pemasaran

Tujuan:
Membantu usahawan PKS yang terlibat dalam pengeluaran pelbagai jenis produk untuk meneroka serta merebut peluang pasaran, melebarkan saiz pasaran sedia ada dan meningkatkan daya saing dalam pasaran terbuka.

Antara agensi kerajaan yang membantu PKS dari segi pemasaran termasuklah:
(i) Majlis Amanah Rakyat (MARA) 
Memberikan latihan dalam aspek pengurusan perniagaan dan pemasaran.
(ii) Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA)
Memberi latihan tentang pemasaran barang pertanian dan makanan.
(iii) Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE) 
Membantu PKS mencari peluang pasaran dan mempromosikan keluaran mereka di pasaran luar negara.

4. Program Pembangunan dan Perolehan Teknologi

Tujuan:
Membangunkan tahap teknologi PKS dan menggalakkan PKS meningkatkan keupayaan teknologi dan kompetensi ICT.

5. Program Peningkatan Kemahiran

Tujuan:
Meningkatkan pengetahuan pengusaha PKS dalam pengurusan perniagaan dan meningkatkan kemahiran serta keupayaan pekerja PKS pada peringkat teknikal dan pengurusan, terutamanya dalam bidang elektrik dan elektronik, teknologi maklumat, reka bentuk industri dan kejuruteraan dengan memberi seminar, latihan dan bimbingan kerja.

E. Agensi-agensi kerajaan yang membantu PKS 帮助中小型企业的政府机构

1. Bank Perusahaan Kecil dan Sederhana Malaysia Berhad (SME Bank) 马来西亚中小型企业银行

Peranan:
i. Menawarkan kemudahan pembiayaan kewangan kepada pengusaha PKS 给业者提供资金的贷款
ii. Menawarkan tempoh bayaran balik pinjaman yg lebih panjang pada kadar faedah yang rendah kepada pengusaha PKS 在低利率的情况下延长业者的还贷期限
iii. Menyediakan program khidmat nasihat perniagaan untuk pemohon yg layak 给那些有资格的申请者提供商业咨询服务

2. Perbadanan Pembangunan Industri Kecil dan Sederhana (SMIDEC) 中小型企业发展机构

Peranan:
i.  Mewujudkan rantaian industri yg lebih erat antara PKS dgn syarikat besar atau sykt multinasional melalui Program Rantaian GlobalProgram Rantaian Pembekal Global 建立中小型企业和大公司/跨国公司之间的产业链 (记第一个program的名字,然后第二个program只是在中间多加“pembekal”的字)
ii. Memberi khidmat nasihat & sokongan teknikal melalui pelaksanaan Program Pembangunan PKS dan Panel Penasihat Pakar PKS 通过两个PKS的发展机构,为业者提供咨询服务&技术支持
iii. Melaksanakan & menyelaraskan skim bantuan kewangan untuk PKS melalui penyediaan pinjaman mudah dan geran 为中小型企业推出援助金方案(准备简式贷款和契约)

3. Perbadanan Kemajuan Ekonomi Negeri (PKEN) 州发展机构

Peranan:
i.  Membantu kerajaan negeri utk merancang pertumbuhan ekonomi, industri dan perdagangan. 帮州政府规划经济、工业和商业的发展
ii. Sebagai pusat sehenti bagi mengendalikan peluang-peluang perniagaan bagi PKS di setiap negeri. 作为一站式中心去协助管理各州中小型企业的商机

4. Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) 联邦农业销售局

Peranan:
i.  Menyediakan prasarana/tempat pemasaran untuk petani seperti pasar borong dan pasar tani. 为农夫准备设施或场所,比如批发市场或农贸市场
ii. Menyediakan maklumat pemasaran kepada petani seperti harga barang, penjenamaan produk yang dikeluarkan. 给农夫提供市场资料,比如商品的价格、品牌等

5. Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) 马来西亚农业发展研究所

Peranan:
i. Membuat penyelidikan untuk membantu pengusaha PKS dalam aspek pengeluaran, penggunaan dan pemprosesan perladangan campuran. 进行研究,为业者在“混合农业”中的生产、使用和处理方面提供协助
ii. Sebagai pusat pengumpulan dan penyebaran maklumat dan khidmat nasihat. 收集+传达资讯,并提供咨询服务

*以上读两个 peranan 就足够应付试题

12 条评论:

  1. 谢谢你的笔记,让我能应付 Bab 1 到 4☺️☺️

    回复删除
  2. if the question ask jelaskan langkah-langkah utk memajukan PKS di Malaysia... how does we answer it?

    回复删除
    回复
    1. 根据2013年的答案,没记错的话,是使用program pembangunan PKS的point哦。
      kerajaan melaksanakan program....

      删除
  3. sengit 是什么意思?

    回复删除
  4. 你好。。。默默问一句,请问有Bab 5: institusi kewangan 和 Bab 6: Kemiskinan dan agihan pendapatan的笔记么?

    回复删除
  5. 请问有没有bab5 和 bab6 的note呀?

    回复删除
  6. ekonomi sem 3没有bab5和bab6的笔记了吗?

    回复删除
  7. 你的nota做到很好呀~ 比课本的还要详细又易懂。真的很谢谢你呀������

    回复删除