2020-08-31

【MicroEKO 经济】STPM Penggal 1 Bab 1 第一学期经济第一课笔记


嗨大家~ 先通知大家,我不会从1.1-1.6全部翻译到完,我会把可能对一些人比较难的国语写下意思还有一些比较难理解的部分写出来。
还有就是希望大家可以好好珍惜这些nota,因为这些nota的确帮助了我拿A ,有感情的!😜 希望我的nota能帮助你们一起拿A~~ fighting~! 👄

Bab 1 : Pengenalan

1.1 Definisi Ilmu Ekonomi

1. Ilmu Ekonomi
  • Ialah ilmu sains sosial 社会科学 yang 
    mengkaji perlakuan (2) individu dan masyarakat
    dalam mengagihkan faktor-faktor pengeluaran (4) yang terhad 有限
    untuk menghasilkan barang dan perkhidmatan (B&P)
    bagi memenuhi kehendak yang tidak terhad
→Dapat dibahagikan kepada dua bentuk analisis:
  • Mikroekonomi (Sem 1)
  • Makroekonomi (Sem 2)
2. Mikroekonomi (Sem 1) 微型/小型
  • Kajian ekonomi yang mengkaji perlakuan pelaku ekonomi yang kecil/secara individu
  • Ia mengkaji perlakuan pengguna dan pengeluar seperti cara pengguna memaksimumkan kepuasan dan pengeluar seperti cara pengguna memaksimumkan kepuasan dan pengeluar memaksimumkan keuntungan.
  • Analisis mikroekonomi meliputi aspek penentu pencapaian ekonomi, masalah ekonomi, dan penyelesaian masalah ekonomi.
3. Makroekonomi (Sem 2) 大型 /全面性
  • Kajian mengenai ekonomi secara menyeluruh.
  • Ia mengkaji faktor-faktor ekonomi yang umum seperti keluaran negara/ pendapatan negara, guna tenaga, dan pengangguran.
  • Analisis makroekonomi meliputi aspek penentu pencapaian ekonomi, masalah ekonomi, dan cara penyelesaian masalah ekonomi, dan car penyelesaian masalah ekonomi.

1.2 Sumber Ekonomi (Faktor pengeluaran)

1. Sumber Ekonomi 经济资源
  • Dikenali sebagai faktor pengeluaran (ffp) /sumber pengeluaran
  • Ialah satu barang fizikal yang digunakan dalam proses pengeluaran untuk menghasilkan B&P
  • Secara relatifnya bersifat kekurangan (terhad 有限), iaitu jumlahnya tidak mencukupi untuk menghasilkan output (B&P) bagi memenuhi kehendak manusia yang tidak terhad. (永远都不能满足人们的欲望
→ Terdiri daripada: (4)
  • Usahawan / Pengusaha
  • Modal
  • Tanah
  • Buruh
a) Tanah
  • Definisi: Sumber hasil daripada alam semula jadi yang terdapat di permukaan atau di dalam perut bumi
  • Penawarannya terhad
  • Tetap dan berkekalan dari segi lokasi dan geografinya.
  • Pulangan/Ganjaran atas tanah dikenali sebagai sewa.
b) Buruh 人力资源
  • Sumber tenaga manusia yang memberikan sumbangan 贡献(2) dalam bentuk fizikal 劳力 dan mental 心理 dalam proses pengeluaran.
  • Merangkumi (2) buruh mahir dan buruh tidak mahir.
  • Pulangan/Ganjaran atas buruh dikenali sebagai upah. **不可以写Gaji
c) Modal
  • Barang modal atau peralatan yang digunakan untuk menghasilkan barang akhir.
  • Modal bukan sahaja terdiri daripada wang, malahan meliputi kilang, bangunan, peralatan, gudang, dan barang separuh siap yang digunakan dalam proses pengeluaran B&P. (不只是关系到金钱,也包括东西 (barang modal)
  • Pembelian barang modal dikenali sebagai pelaburan dan pembentukan modal tetap besar.
  • Pulangan/Ganjaran atas modal dikenali sebagai kadar bunga.
d) Usahawan
  • individu yang bertanggungjawab menggabungkan ffp (tanah, buruh, dan modal) untuk menghasilkan B&P. 联合经济资源的忍来产生更多东西和服务
  • Sanggup menanggung risiko terhadap penglibatannya dalam kegiatan ekonomi. 必须承担风险
  • Menggunakan (3) kemahiran, kebolehan dan pengalamannya untuk menguruskan firma secara cekap.
  • Pulangan/Ganjaran atas usahawan dikenali sebagai untung.
Peranan usahawan:
→ Usahawan berperanan sebagai (4) pemimpin, perancang, penyelaras, dan pengawal aktiviti firma dengan menentukan 确定 teknik pengeluaran yang paling cekap untuk meminimumkan kos pengeluaran.
→ Usahawan membuat keputusan tentang apa dan berapa barang hendak dikeluarkan, bagaimana barang dikeluarkan, dan untuk siapa barang dikeluarkan dalam sesuatu proses pengeluaran
→ Usahawan perlu menghadapi risiko dan ketidakpastian seperti perubahan cita rasa pengguna, perubahan dasar kerajaan, dan sebagainya. Jika perniagaan yang diruruskannya berjaya, ia akan mendapat keuntungan. Begitu juga sebaliknya.

** Teknologi bukan sumber ekonomi/faktor pengeluaran
** Teknologi sebagai pemangkin (只能加速生产过程) kepada proses pengeluaran. Penggunaan teknologi moden dapat meningkatkan daya pengeluaran dan kecekapan firma. Keluaran firma akan meningkat dengan kos seunit yang semakin berkurang.
(只要关系到teknologi 就可以提到 daya pengeluaran/produktiviti ,depends on 题目)

e) Perbezaan antaran Usahawan dengan Buruh (4)

i) Dari segi peranan 本分

Usahawan ialah individu yang bertanggungjawab menggabungkan faktor pengeluaran untuk menghasilkan B&P 联合经济资源的忍来产生更多东西和服务
manakala
Buruh ialah sumber tenaga manusia yang memberikan sumbangan (2) dalam bentuk fizikal dan mental dalam proses pengeluaran.

ii) Dari segi inovasi 构思

Usahawan perlu melakukan inovasi untuk menghasilkan B&P yang berkualiti dan mempunyai permintaan yang tinggi 创新!!
manakala
Buruh tidak melakukan inovasi dan reka ciptaan baru sebaliknya hanya melakukan tugas yang diberikan kepadanya sahaja. 做工就好~~

iii) Dari segi risiko

Usahawan perlu menghadapi risiko. Jika perniagaan yang diuruskannya berjaya, ia akan mendapat keuntungan.
manakala
Buruh tidak perlu menanggung risiko dan buruh tetap menerima upah tanpa mengambil kira sama ada perniagaan menghadapi keuntungan atau kerugian.
 
iv) Dari segi ganjaran

Usahawan menerima untung sebagai ganjaran.
manakala 
Buruh menerima upah sebagai ganjaran.
 
1.3 Kehendak Manusia 

1. Kehendak
  • Ialah B&P yang ingin diperoleh oleh individu untuk mencapai kehidupan yang lebih selesa.
  • Adalah tidak terbatas/ tidak terhad.
2. Jenis-jenis Barang
→ Dapat dibezakan kepada empat kumpulan (4)
i) Barang ekonomi
ii) Barang percuma
iii)Barang awam
iv) Barang persendirian


3. Barang Ekonomi 
  • Barang ekonomi merupakan barang yang mempunyai penawaran terhad. 供应有限
  • Pengeluaran barang ekonomi melibatkan kos dan melibatkan harga.
  • Penggunaannya melibatkan kos lepas dan harga (perlu membayar untuk mendapatnya必须付钱才能得到) 
  • Contoh: Kereta, komputer, motosikal, dan lain-lain
→ Terbahagi kepada: (3)
i) Barang Pengguna
ii) Barang Modal
iii) Barang Perantaraan 

(a) Barang Pengguna/ Barang Akhir / Barang Siap 

 
 ⇁ Ialah barang yang dapat memberikan kepuasan 满足感 secara langsung (直接性)kepada pengguna.
 ⇁ Dapat dikelaskan kepada 
      (i)  Barang Tahan Lama
            Contoh: Kipas, Radio, Ubat gigi.
      (ii) Barang Tidak Tahan Lama
            Contoh: Makanan

(b) Barang Modal (Barang pengeluaran) 属于aset来帮公司做生意
 ⇁ Ialah barang yang digunakan oleh firma untuk menghasilkan barang lain. 出产别的产品
 ⇁ Barang modal tidak digunakan oleh pengguna akhir. 
 ⇁ Contoh: Mesin yang digunakan untuk menghasilkan keluaran firma.

(c) Barang Perantaraan 中间商品
 ⇁ Merupakan barang yang digunakan sebagai input oleh firma lain dalam menghasilkan B&P lain.  用它来完成产品,例如车里面的aircon等等那些是拿来完成完整的一辆车。
 ⇁ Contoh: Tepung ialah barang perantaraan untuk menghasilkan roti.

4. Barang Percuma
  • Anugerah Tuhan yang sangat diperlukan dalam kehidupan manusia. 上天恩祈给我们的
  • Penawaran barang percuma adalah tidak terhad.
  • Barang percuma dapat diperoleh dengan mudah tanpa melibatkan kos dan harga. 不用给任何本钱 
  • Tidak mempunyai kos lepas dan harga (tidak perlu membayar untuk mendapatnya 不必给钱就得到了)
  • Barang percuma tidak melibatkan kos lepas.
  • Contoh: Udara, air hujan, dan cahaya matahari.
  • (不要写 AIR,MATAHARI 而已)
5. Barang Awam
  • Barang yang tidak tertakluk (【非排他性】是指一个人在消费这类产品时,无法排除他人也同时消费这类产品)kepada prinsip pengecualian. (Non-excludable)
  • iaitu penggunaannya tidak dapat dikecualikan dan tidak bersaing. 没有竞争(谁都可以坐公共巴士)
  • Tidak dapat mengecualikan individu atau masyarakat daripada menggunakannya, iaitu tiada orang yang akan diharang daripada menggunakannya.
  • Dibiayai secara tidak langsung oleh kerajaan melalui pengenaan cukai daripada orang ramai.
  • Contoh: Perkhidmatan polis, Taman Reaksi
6. Barang Persendirian
  • Ialah barang yang dibiayai oleh individu itu sendiri.
  • Tertakluk kepada prinsip pengecualian
  • Individu atau masyarakat dapat dikecualikan daripada menggunakannya, jika tidak membayar harga tersebut dan memperoleh persetujuan pemilik daripada pemiliknya.
  • Contoh: Kereta yang dimiliki ahli
1.4 Masalah Asas Ekonomi

1. Masalah Ekonomi
→ Terbahagi kepada: (3)
(i) Masalah kekurangan
(ii) Masalah pilihan
(iii) Kos lepas

→ Boleh diterangkan melalui: (2)
i) Jadual kemungkinan pengeluaran
ii) Keluk kemungkinan pengeluaran

 (a) Masalah Kekurangan
  • Merujuk kepada kekurangan sumber ekonomi 缺乏经济资源 yang dapat digunakan untuk menghasilkan B&P demi memenuhi kehendak manusia yang tidak terhad. 满足人类的无限需求
  • Sebab:
  • Faktor pengeluaran yang terhad.
  • Kesan:
  • Bukan semua kehendak manusia dapat dipenuhi.
  • Timbulkan masalah pilihan.

(b) Masalah Pilihan
  • Masalah kekurangan menyebabkan pilihan perlu dibuat antara penggunaan pada masa ini dan masa depan.  当缺乏的问题发生的时候,人民就会做现在与未来的决定
  • Ekonomi juga membuat pilihan untuk menggunakan faktor pengeluaran terhad bagi mengeluarkan barang yang dapat memaksimumkan kepuasan pengguna, memaksimumkan keuntungan firma atau memaksimumkan kebajikan masyarakat.
  • 他们做的选择肯定是最好的 
  • Pengguna akan memilih barang yang memaksimumkan kepuasannya. 满足感100%~~
  • Pengeluar akan memilih kaedah pengeluaran yang meminimumkan kos untuk memaksimumkan keuntungan. 赚大钱~~
  • Kerajaan membuat keputusan yang cekap, iaitu memaksimumkan kebajikan rakyat 为人民想~~
  • Kesan:
  • Pilihan menyebabkan barang dapat dihasilkan dengan banyak dan barang lain yang dapat dihasilkan sedikit dan berkurangan.
  • Timbulkan masalah kos lepas.

(c) Kos Lepas
  • Maksud:
  • B&P kedua terbaik yang terpaksa dilepaskan untuk mendapatkan B&P yang terbaik. 两个选择之间,其中一个被逼要放弃就是kos lepas)
  • Contoh: 
  • Kerajaan mempunyai wang sebanyak RM5 juta untuk membina sekolah atau hospital.
  • Jika kerajaan memberi keutamaan kepada pembinaan sekolah, maka kerajaan tidak dapat membina hospital.
  • Kos lepas untuk membina sekolah yang bernilai RM5 juta ialah sebuah hospital yang bernilai RM5 juta.
  • 政府打算用RM5百万来选择建学校或医院,于是他决定学校比较重要,那他就建学校,所以没得建医院。 (医院就是kos lepas!)

2. Masalah Asas Ekonomi (4)
👉 Terdiri daripada
(i) Apakah jenis barang atau perkhidmatan yang hendak dikeluarkan?
(ii) Berapa banyakkah barang dan perkhidmatan itu hendak dikeluarkan?
(iii) Bagaimanakah barang dan perkhidmatan itu dikeluarkan?
(iv) Untuk siapakah barang dan perkhidmatan itu dikeluarkan?

a) Apakah jenis barang atau perkhidmatan yang hendak dikeluarkan? 出产什么东西?
Masalah apa hendak dikeluarkan merujuk kepada jenis barang yang hendak dikeluarkan dalam ekonomi.

Punca:
i. Sumber-sumber ekonomi yang terhad.
ii. Kehendak manusia yang tidak terhad.
资源有限,人类的欲望是无限的

于是Firma出产:
Mengeluarkan B&P yang (4)
↣ merupakan kehendak masyarakat 根据社会欲望
↣ memberikan kepuasan kepada masyarakat 能给社会满足感
↣ mempunyai permintaan 有需求
↣ memperoleh keuntungan maksimum 赚大钱~~

b) Berapa banyakkah barang dan perkhidmatan itu hendak dikeluarkan? 要出产多少??
Masalah berapa hendak dikeluarkan merujuk kepada kuantiti barang yang hendak dikeluarkan dalam ekonomi. 

Jumlah sesuatu B&P yang hendak dikeluarkan bergantung pada (2)
jumlah permintaan dalam masyarakat 社会需求
↣ jumlah faktor pengeluaran (FFP) yang diperuntukkan untuk mengeluarkannya. 总共要出产有限的经济资源

Jika B&P mempunyai permintaan yang tinggi, maka pengeluar akan meningkatkan pengeluaran.
Jika B&P mempunyai permintaan yang rendah, maka pengeluar akan mengurangkan pengeluaran.

Pengeluar perlu membuat keputusan yang tepat tentang jumlah kuantiti sesuatu B&P yang hendak dikeluarkan.

Tujuan:
Tidak wujud lebihan atau kurangan penawaran dalam pasaran. 不会发生多余/缺乏的供给在市场上

c) Bagaimanakah barang dan perkhidmatan itu hendak dikeluarkan?
Masalah bagaimanakah barang dan perkhidmatan dikeluarkan merujuk kepada teknik atau kaedah pengeluaran sesuatu barang.


Firma boleh memilih dua jenis teknik pengeluaran, iaitu berintensifkan buruh atau berintensifkan modal.

Bagi memastikan keuntungan maksimum diperoleh, firma akan memilih kaedah pengeluaran yang paling cekap yang dapat meminimumkan kos pengeluaran dan memaksimumkan keuntungan.

d) Untuk siapakah barang dan perkhidmatan itu dikeluarkan?
Masalah untuk siapakah barang dan perkhidmatan itu dikeluarkan merujuk kepada barang dan perkhidmatan kepada pelbagai golongan masyarakat dalam ekonomi. 

Pengagihan barang dan perkhidmatan bergantung pada (4)
i) agihan pendapatan 收入分配
ii) cita rasa 味道/口味
iii) kemampuan 能力
iv) kuasa beli 购买力 

Biasanya, pengeluar akan mengeluarkan B&P kepada golongan yang mampu untuk membayarnya.

Kesan:
Golongan yang berpendapatan tinggi akan menikmati jumlah barang yang lebih banyak.
Golongan yang berpendapatan rendah hanya menikmati jumlah barang yang sedikit.

Contoh:
Barang yang mahal akan diminta oleh golongan yang berpendapatan tinggi.
Barang yang murah akan diminta oleh golongan yang berpendapatan rendah.

1.5 Keluk Kemungkinan Pengeluaran
 
1. Keluk Kemungkinan Pengeluaran (Production Possibility Frontier) (4m) 问definisi 和 andaian 
Maksud:
Satu keluk yang menunjukkan batasan keluaran maksimum kombinasi dua barang yang dapat dihasilkan oleh sesebuah ekonomi dengan menggunakan faktor pengeluaran secara maksimum pada tingkat teknologi tetap
一条曲线显示经济用所有的资源和固定技术水平生产两种商品组合的最大输出极限

Andaian (4)
i. Ekonomi hanya mengeluarkan dua jenis barang iaitu barang X dan barang Y 
ii. Faktor pengeluaran yang dimiliki adalah tetap 
iii. Tahap kemajuan teknologi adalah tetap
iv. Ekonomi mencapai tahap kecekapan yang maksimum,
     iaitu mencapai tingkat guna tenaga penuh [Kadar Pengangguran < 4%]

Jadual Kemungkinan Pengeluaran

**Kombinasi 一定要写,没有的话 0%

Keluk Kemungkinan Pengeluaran


Titik A,B,C,D dan E
Ialah kombinasi keluaran tingkat maksimum yang boleh dihasilkan semasa guna tenaga penuh.
外面整条线代表着用完全部经济资源,所谓的gtp.

Titik A
Semua faktor pengeluaran digunakan untuk mengeluarkan barang Y sahaja iaitu 28 unit Barang Y
Tiada Barang X dikeluarkan.
Pengkhususan Barang Y. 只是focus Y的东西

Titik E
Semua faktor pengeluaran digunakan untuk mengeluarkan barang X sahaja iaitu 4 unit Barang X
Tiada Barang X dikeluarkan.
Pengkhususan Barang X. 只是focus X的东西

Titik F (在里面)没用完我们的ffp
Kombinasi pengeluaran yang tidak cekap.
Kesan: Wujud pembaziran sumber atau masalah pengganguran.

Titik H (tidak mungkin berlaku) 很难发生!
Kombinasi pengeluaran yang tidak dapat dicapai.
Sebab:
Sumber pengeluaran dan tingkat teknologi yang sedia ada adalah tidak mencukupi.
Wujud masalah kekurangan.

Kombinasi yang akan dipilih
Kombinasi B
Mengeluarkan 1 unit Barang X dan 26 unit Barang Y

Kombinasi C
Mengeluarkan 2 unit Barang X dan 19 unit Barang Y

Kombinasi D
Mengeluarkan 3 unit Barang X dan 10 Unit Barang Y

2. Jenis Keluk Kemungkinan Pengeluaran
a) Kos Lepas Malar
Definisi:
  • Kos Lepas Malar bermaksud untuk menambah satu unit suatu barang, ekonomi terpaksa mengurangkan kuantiti barang lain dengan jumlah yang sama pada setiap titik pengeluaran.
  • Kos Lepas malar/tetap ditunjukkan oleh KKP yang berbentuk garis lurus.

Esei: 
  • Apabila ekonomi beralih dari titik A ke titik B, iaitu cuba menambahkan barang X dari 0 unit kepada 1 unit, maka pengeluaran barang Y akan dikurangkan dari 8 unit kepada 6 unit. Kos lepas tambahan 1 unit barang X ialah 2 unit barang Y.
  • Apabila ekonomi beralih dari titik B ke titik C, iaitu cuba menambahkan barang X dari 1 unit kepada 2 unit, maka pengeluaran barang Y akan dikurangkan dari 6 unit kepada 4 unit. Kos lepas tambahan 1 unit barang X ialah 2 unit barang Y.
  • Apabila ekonomi beralih dari titik C ke titik D, iaitu cuba menambahkan barang X dari 2 unit kepada 3 unit, maka pengeluaran barang Y akan dikurangkan dari 4 unit kepada 2 unit. Kos lepas tambahan 1 unit barang X ialah 2 unit barang Y.
  • Apabila ekonomi beralih dari titik A ke titik B, iaitu cuba menambahkan barang X dari 3 unit kepada 4 unit, maka pengeluaran barang Y akan dikurangkan dari 2 unit kepada 0 unit. Kos lepas tambahan 1 unit barang X ialah 2 unit barang Y.
  • Keluk kemungkinan pengeluaran berbentuk garis lurus
  • Untuk menambahkan satu unit barang X, ekonomi mengurangkan kuantiti barang Y dengan jumlah yang sama pada setiap titik pengeluaran, iaitu sebanyak 2 unit barang Y dilepaskan.
  • Kos lepas malar menunjukkan faktor pengeluaran yang digunakan untuk menghasilkan barang X dan Y adalah homogen / pengganti sempurna (互相取代).
b) Kos Lepas Meningkat 
Definisi:
  • Kos lepas meningkat bermaksud untuk menambahkan satu unit suatu barang, ekonomi terpaksa mengurangkan kuantiti barang lain dengan jumlah yang semakin meningkat pada setiap titik pengeluaran. 
  • 每增加一个东西,经济必须在每个生产点增加数量的同时减少其他商品的数量。
  • Kos meningkat ditunjukkan oleh KKP yang berbentuk cembung.

Esei:
  • Apabila ekonomi beralih dari titik A ke titik B, iaitu cuba menambahkan barang X dari 0 unit kepada 1 unit, maka pengeluaran barang Y akan dikurangkan dari 28 unit kepada 26 unit. Kos lepas tambahan 1 unit barang X ialah 2 unit barang Y.
  • Apabila ekonomi beralih dari titik B ke titik C, iaitu cuba menambahkan barang X dari 1 unit kepada 2 unit, maka pengeluaran barang Y akan dikurangkan dari 26 unit kepada 19 unit. Kos lepas tambahan 1 unit barang X ialah 7 unit barang Y.
  • Apabila ekonomi beralih dari titik C ke titik D, iaitu cuba menambahkan barang X dari 2 unit kepada 3 unit, maka pengeluaran barang Y akan dikurangkan dari 19 unit kepada 10 unit. Kos lepas tambahan 1 unit barang X ialah 9 unit barang Y.
  • Apabila ekonomi beralih dari titik A ke titik B, iaitu cuba menambahkan barang X dari 3 unit kepada 4 unit, maka pengeluaran barang Y akan dikurangkan dari 10 unit kepada 0 unit. Kos lepas tambahan 1 unit barang X ialah 10 unit barang Y.
  • Keluk kemungkinan pengeluaran berbentuk cembung.
  • Untuk menambahkan satu unit barang X, ekonomi terpaksa mengurangkan kuantiti barang Y dengan jumlah yang semakin meningkat pada setiap titik pengeluaran.
  • Kos lepas meningkat menunjukkan faktor pengeluaran yang digunakan untuk menghasilkan barang X dan Y adalah tidak homogen / pengganti sempurna (不能被取代).

3. Perubahan Keluk Kemungkinan Pengeluaran

Perubahan keluk kemungkinan pengeluaran bermaksud keluk kemungkinan pengeluaran beralih ke kanan atau ke kiri disebabkan perubahan dalam kuantiti faktor pengeluaran dan perubahan tingkat teknologi.

a. Perubahan kuantiti faktor pengeluaran  

Pertambahan faktor pengeluaran akan menyebabkan pengeluaran barang dalam ekonomi bertambah dan KKP beralih ke kanan.
Pengurangan faktor pengeluaran akan menyebabkan pengeluaran barang dalam ekonomi dan KKP beralih ke kiri.

Faktor-faktor yang menyumbang kepada pertambahan faktor pengeluaran adalah seperti pertambahan penduduk atau tenaga kerja akibat kemasukan buruh asing, penemuan sumber alam atau bahan galian baru, pertambahan pelaburan akibat kemasukan pelaburan asing dan pertumbuhan ekonomi.

Faktor-faktor yang menyumbang kepada pengurangan faktor pengeluaran adalah seperti pengurangan tenaga kerja akibat syarat pengambilan buruh asing yang ketat, kepupusan bahan galian, penarikan balik pelaburan langsung asing dan kemelesetan ekonomi.

b. Perubahan tingkat teknologi 
Peningkatan teknologi menyebabkan daya pengeluaran meningkat dan pengeluaran sesuatu barang dalam ekonomi meningkat. KKP beralih ke kanan. Begitu juga sebaliknya.

i) Kemajuan Teknologi dalam pengeluaran Barang X sahaja

Esei:
KKP yang asal ialah AB. 

Pertambahan perkembangan teknologi dalam pengeluaran barang X menyebabkan pengeluaran barang X bertambah sebanyak BB' manakala pengeluaran barang Y tetap. 

Kesannya, KKP beralih ke kanan dari AB ke AB'.







ii) Kemajuan Teknologi dalam pengeluaran Barang Y sahaja

Esei:
KKP yang asal ialah AB. 

Pertambahan perkembangan teknologi dalam pengeluaran barang Y menyebabkan pengeluaran barang Y bertambah sebanyak AA' manakala pengeluaran barang X tetap. 

Kesannya, KKP beralih ke kanan dari AB ke A'B.








iii) Kemajuan Teknologi dalam pengeluaran Barang X dan Barang Y secara serentak
 
Esei:
KKP yang asal ialah AB. 

Kemajuan teknologi dalam pengeluaran Barang X dan pengeluaran barang Y secara serentak menyebabkan pengeluaran barang X bertambah sebanyak BB' dan pengeluaran barang Y turut bertambah sebanyak AA' dengan pertambahan barang X sama banyak dengan pertambahan pengeluaran barang Y. 

Kesannya, KKP beralih ke kanan dari AB ke A'B'.





iv) Kemajuan Teknologi dalam pengeluaran Barang X lebih besar daripada Barang Y

Esei:
KKP yang asal ialah AB. 

Kemajuan teknologi lebih cepat dalam pengeluaran barang X berbanding dengan pengeluaran barang Y menyebabkan pengeluaran barang X bertambah sebanyak BB' dan pengeluaran barang Y turut bertambah sebanyak AA' dengan pertambahan pengeluaran barang X lebih besar daripada pertambahan pengeluaran barang Y. 

Kesannya, KKP beralih ke kanan dari AB ke A'B'.






v) Kemajuan Teknologi dalam pengeluaran Barang X lebih besar daripada Barang Y

Esei:
KKP yang asal ialah AB. 

Kemajuan teknologi lebih cepat dalam pengeluaran barang Y berbanding dengan pengeluaran barang X menyebabkan pengeluaran barang X bertambah sebanyak BB' dan pengeluaran barang Y turut bertambah sebanyak AA' dengan pertambahan pengeluaran barang Y lebih besar daripada pertambahan pengeluaran barang X. 

Kesannya, KKP beralih ke kanan dari AB ke A'B'.




4. Kesan Perubahan Komposisi barang modal dan barang pengguna terhadap kapasiti pengeluaran dan KKP

Esei:

Andaikan Negara A memilih titik N dalam pengeluaran pada masa ini. 

Pengeluaran barang pengguna adalah sebanyak 0X² dan pengeluaran barang modal adalah sebanyak 0Y¹. 

Negara A memilih lebih banyak barang pengguna berbanding dengan barang modal pada masa ini. 


Keadaan ini menyebabkan peningkatan kapasiti pengeluaran yang sedikit pada masa depan seperti ditunjukkan oleh peralihan keluk kemungkinan pengeluaran ke kanan dari AA¹ ke BB¹ dengan kadar yang kecil.

Andaikan Negara B memilih titik M dalam pengeluaran pada masa ini. 

Pengeluaran barang pengguna adalah sebanyak 0X¹ dan pengeluaran barang modal adalah sebanyak 0Y². 

Negara B memilih lebih banyak barang modal berbanding dengan barang pengguna pada masa ini. 

Keadaan ini menyebabkan peningkatan kapasiti pengeluaran yang besar pada masa depan seperti ditunjukkan oleh peralihan keluk kemungkinan pengeluaran ke kanan dari AA¹ ke CC¹ dengan kadar yang besar.

i) Mementingkan Masa Kini (titik N)
  • Mengeluarkan barang pengguna lebih banyak daripada barang modal
  • Keluk kemungikinan pengeluaran beralih lebih dekat iaitu dari AA¹ ke BB¹ 
  • Pertumbuhan ekonomi yang kurang pesat
ii) Mementingkan Masa Depan (titik M)
  • Mengeluarkan barang modal lebih banyak daripada barang pengguna.
  • Sebab:
  • Barang modal boleh digunakan untuk mengeluarkan barang modal dan barang pengguna pada masa depan.
  • Keluk kemungkinan Pengeluaran beralih lebih jauh iaitu dari AA¹  ke CC¹ 
  • Pertumbuhan ekonomi yang lebih pesat.

1.6 SISTEM EKONOMI

1. Sistem Ekonomi Pasaran Bebas / Kapitalis / Laissez Faire
  • dijalankan tanpa campur tangan kerajaan
  • tidak campur tangan dalam membuat keputusan ekonomi
  • hanya terhad kepada melaksanakan undang-undang dan menjaga keselamatan dan keharmonian masyarakat.
  • Semua keputusan dalam ekonomi ditentukan oleh pihak swasta melalui mekanism harga
Contoh: Amerika Syarikat 


A. Ciri-ciri: (3)

a) Sistem Pemilikan ~ Pemilikan Persendirian 

→ Individu dan pihak swasta bebas memiliki dan menggunakan sumber ekonomi ( tanah, buruh, modal dan usahawan) untuk mengeluarkan B&P.

→ Individu dan pihak swasta bebas memilih B&P yang akan dikeluarkan bagi memenuhi kehendak pengguna untuk mencapai kepuasan maksimum.

b) Sistem membuat keputusan tentang peruntukan sumber dan agihan pendapatan

i) Peruntukan sumber ~ Keangungan pengguna dalam pasaran

→ Individu dan pihak swasta bebas memperuntukkan sumber dengan cekap untuk mengeluarkan B&P melalui mekanisme harga yang berfungsi secara automatik tanpa campur tangan kerajaan.

→ Pengguna akan menentukan jenis barang yang hendak dikeluarkan dan pengeluar akan menentukan peruntukan sumber untuk mengeluarkan B&P mengikut permintaan pengguna di pasaran berdasarkan matlamat memaksimumkan keuntungan.

ii) Agihan Pendapatan ~ Wujud Persaingan
→ Individu bebas bersaing untuk memperoleh B&P bergantung pada harga yang sudi dibayar

→ Pihak swasta bebas bersaing untuk mengeluarkan B&P agar mendapat keuntungan maksimum

→ Semakin banyak sumber ekonomi yang dimiliki, semakin banyak pendapatan diperoleh, semakin banyak barang yang dapat dibeli.

→ Semakin sedikit sumber ekonomi yang dimiliki, semakin sedikit pendapatan diperoleh, semakin sedikit barang yang dapat dibeli.

Kesan:

Agihan pendapatan tidak setara dalam masyarakat.


c) Sistem insentif 

→  Tujuan pengeluaran B&P ialah memaksimumkan keuntungan

→  Individu dan pihak swasta bekerja dengan lebih bersungguh-sungguh.

Sebab:

Diberi kebebaskan untuk bersaingan antara satu sama lain untuk mendapatkan pasaran, memperoleh dan mencari kekayaan, dan memiliki harta persendirian.

Kesan:

Mendorong daya usaha yang tinggi.

B. Kebaikan Sistem Ekonomi Usaha Bebas

i) Mekanisme harga berfungsi secara automatik 

Masalah-masalah asas ekonomi dapat diselesaikan secara automatik melalui mekanisme harga tanpa perlu menunggu arahan daripada pihak atasan.

Contoh:
Apabila Permintaan (DD)  melebihi Penawaran (SS) [ Lebihan Permintaan dalam pasaran ], harga pasaran akan cenderung naik. Hal ini menggalakkan pengeluar meningkatkan penawaran dan pengguna mengurangkan pemintaan. 

Keadaan ini berterusan sehingga keseimbangan tercapai.

ii) Penggunaan sumber secara optimum

Motif utama pengeluar adalah untuk memaksimumkan keuntungan.

Faktor pengeluaran yang terhad akan digunakan dengan cara yang paling optimum.

Pengeluar yang gagal berbuat demikian akan menanggung kerugian dan menutup operasi.

iii) Menggalakkan persaingan

Persaingan dapat meningkatkan kepuasan dan taraf hidup pengguna.

Persaingan firma menjamin masyarakat menikmati barang berkualiti pada harga rendah.

Firma yang cekap sahaja dapat terus kekal di dalam industri.
iv) Menggalakkan perkembangan teknologi

Persaingan sihat di antara firma menggalakkan peningkatan teknologi dan reka cipta baru.

Di samping menjimatkan kos pengeluaran, penggunaan teknologi dan reka cipta baru dapat meningkatkan daya pengeluaran dan menyumbang kepada kemajuan ekonomi sesebuah negara.

v) Meningkatkan kecekapan dan insentif untuk bekerja keras

Usahawan dan buruh bebas menimba kemahiran dan pengetahuan, bekerja kuat, menjalankan penyelidikan dan pembangunan (R&D), serta menghasilkan reka cipta baru.

Peningkatan kecekapan firma mendatangkan keuntungan yang lebih tinggi kepada firma manakala individu yang bekerja kuat akan mendapat upah yang lebih tinggi.

C. Keburukan Sistem Ekonomi Usaha Bebas

i) Kegagalan menyediakan barang awam

Motif utama sistem ekonomi pasaran bebas untuk memaksimumkan keuntungan. 

Barang awam mempunyai ciri kegunaan bersama dan nilai sosial yang tinggi, tetapi keuntungan yang rendah dan melibatkan kos pengeluaran yang tinggi.

Justeru, pengeluar tidak akan terlibat dalam menyediakan barang awam kerana barang awam tidak akan mendatangkan keuntungan.

ii) Ketidakadilan dalam pengagihan pendapatan

Dalam ekonomi pasaran bebas, golongan kaya akan terus menjadi kaya manakala golongan miskin akan terus menjadi miskin.

Keadaan ini menyebabkan jurang perbezaan pendapatan antara golongan miskin dan golongan kaya menjadi semakin besar. 

Jurang perbezaan yang besar akan menjejaskan proses pembangunan negara dan keharmonian masyarakat.

iii) Ketidakstabilan ekonomi 

Kebebasan pengeluar untuk membuat keputusan ekonomi dan ketiadaan kawalan dalam sistem ekonomi pasaran bebas menyebabkan harga barangan cenderung menjadi tidak stabil.

Ketidakstabilan harga merupakan punca ekonomi mengalami inflasi dan kemelesetan.

Ketidakstabilan ekonomi akan menjejaskan kebajikan rakyat sesebuah negara.

iv) Menggalakkan monopoli dalam pasaran

Persaingan hebat antara pengeluar dalam sistem ekonomi pasaran bebas menggalakkan pemusatan kuasa oleh sebilangan kecil firma besar dalam pasaran.

Hanya beberapa firma besar sahaja dapat meneruskan operasi.

Monopoli pasaran oleh beberapa firma besar menyebabkan firma tersebut cenderung menjual sesuatu barang pada harga yang lebih tinggi kepada pengguna.

v) Kewujudan eksternaliti kesan luaran negatif

Motif utama sistem ekonomi pasaran bebas adalah untuk memaksimumkan keuntungan.

Justeru, firma cenderung mengabaikan tanggungjawab sosialnya kepada masyarakat.

Kesan luaran negatif seperti pencemaran air dan udara merupakan kos sosial yang akan menjejaskan kesihatan dan kebajikan masyarakat.


10 条评论:

  1. 有接下来的bab么?想复习for ulangan S1

    回复删除
  2. 请问还有其他科目的nota吗

    回复删除
  3. Hihi got sem 1 bab 2 notes ???

    回复删除
  4. 回复
    1. 您好!如上方Nota显示,B&P全称为Barang & Perkhidmatan,或者也可以写为 Output 😁

      删除
    2. do you have chapter 2 ?

      删除
  5. 你好 gtp是什么意思 在那个keluk kemungkinan pengeluaran 那边

    回复删除
  6. 您好,请问有penggal 1接下来的bab吗?

    回复删除