2020-04-17

【AKAUN 会计】STPM Penggal 1 Bab 1 第一学期会计第一课笔记

👉我相信也有一些在F4和F5拿Science Stream的人有可能会拿Account。所以我会把一些关系到F4和F5的东西放在nota里面 (Example: PPK 和 PKK) 是你们过后才学的 可是你们通常都会懂了,所以我必须让他们知道里面有什么。过后我还会update一些华语翻译,还有一些的照片。

BAB 1: ASAS PERAKAUNAN KEWANGAN




1.1 Penyata Pendapatan Komprehensif (损益表)dan Penyata Kedudukan Kewangan (资产负债表)


A. Penyata Pendapatan Komprehensif (PPK) 【损益表】



Definisi:
Penyata yang mengukur prestasi perniagaan bagi suatu tempoh perakaunan.

损益表拿来衡量一段期间的业务绩效。

Tujuan:
Menghitung untung kasar dan untung bersih perniagaan.

算公司的毛利 (Gross Profit ) 和 净利润。

Butiran yang terdapat dalam penyata 在这个损益表内必有的5样东西 :
1. Nama Perniagaan 公司的名字
2. Tajuk Penyata Pendapatan Komprehensif 标题 【必须写 PPK , 没写扣分】
3. Butiran nilai hasil 利润
4. Butiran dan nilai belanja 开销
5. Keuntungan atau kerugian 赚 or 亏

Komponen (2) :
1. Hasil
2. Belanja
    (a) Hasil > Belanja = Untung
    (b) Belanja > Hasil = Rugi

记得:利润比开销多的话,肯定赚钱 (这肯定懂)

以下两个akaun是用来开 Bentuk 'T'的 PPK。

Akaun Perdagangan
➤Merekod aktiviti jual beli barang niaga untuk menentukan untung kasar perniagaan.

记录买卖的东西来决定公司的毛利。

Akaun Untung Rugi
➤Merekod belanja dan hasil untuk menentukan untung bersih perniagaan.

记录利润和开销来决定公司的净利润。

B. Penyata Kedudukan Kewangan (PKK)【资产负债表】


Definisi:
Penyata yang menunjukkan kedudukan kewangan sesebuah perniagaan.

资产负债表拿来表示一间公司的财务状况。

Tujuan: 
Mengetahui kedudukan kewangan sesebuah perniagaan dari segi jumlah aset, hutang dan modal dalam suatu tempoh perakaunan.

从这资产负债表内,我们可以从总资产,债务和资本了解到一间公司一段期间的财务状况。

Butiran yang terdapat dalam penyata:
1. Nama Perniagaan 公司名字
2. Tajuk Penyata Kedudukan Kewangan 标题 【必须写 PPK , 没写扣分】
3. Butiran dan nilai aset iaitu aset bukan semasa, aset semasa
4. Butiran dan nilai liabiliti iaitu liabiliti bukan semasa, liabiliti semasa
5. Butiran dan nilai ekuiti pemilik

Komponen:
1. Aset 资产
2. Liabiliti 债务
3. Ekuiti Pemilik 者权益

STPM 从这边开始

1.2 Perakaunan dan Simpan Kira 【会计和簿记】

A. Perakaunan【会计】

Definisi:
Proses mengenal pasti, merekod, mengelas, meringkas dan mengkomunikasikan peristiwa ekonomi.

一个过程来识别,记录,分类,总结和传达经济时间的过程。

B. Simpan Kira【簿记】

Definisi:
Proses merekodkan semua urus niaga perniagaan ke dalam buku yang sesuai secara sistematik.

用正确和使用系统的过程来记录全部的商业交易入账。

C. Perbezaan antara Perakaunan dan Simpan Kira【分别】

Simpan Kira
Perakaunan
1
Proses penyediaan maklumat mengenal kedudukan kewangan sesebuah entiti perniagaan untuk membantu pengguna dalaman dan pengguna luaran ketika membuat keputusan.

准备资料的过程,资料是有关系到一间公司的财务状况。这些资料是给内部使用者和外部使用者来做决定,像是给

使用者:股东、供应商、银行、政府代理、企业主及其他股权所有人

Suatu sistem yang merekod semua urus niaga perniagaan secara tepat dan sistematik berdasarkan sistem catatan bergu.


一个完整的系统来记录全部的商业交易根据我们的复试簿记

复试簿记:商业和其他组织上的金融交易的标准系统

2
Melibatkan proses mengenal pasti, mengelas, merekod, melapor, dan menganalisis maklumat kewangan

识别,分配,记录,报告和分析公司财务的资料。

Melibatkan proses mengenal pasti, merekod dan meringkaskan urus niaga dalam nilai wang.

识别,记录,和总结货币价值交易。


3
Menyediakan maklumat kewangan untuk membolehkan pihak tertentu membuat keputusan, perbandingan, dan perancangan perniagaan.

准备财务资料,让使用者来做决定,做比较和计划公司。


Menyediakan maklumat kewangan untuk membolehkan akauntan melaksanakan proses perakaunan yang seterusnya.


准备财务资料让会计师进行下一个的会计程序。




1.3 Skop Perakaunan Kewangan  【财务会计范围】

A. Perakaunan Kewangan 【财务会计】


Maksud 【什么是财务会计?】:

Perakaunan Kewangan meliputi aktiviti menyediakan ringkasan maklumat perakaunan yang diterbitkan kepada umum.

财务会计着重按企业資訊使用者的需要,把企业视为一个整体,以财务会计准则为指导,运用确认、衡量、记录和报告等程序,提供关于整个企业及其分部的财务状况、经营績效、现金流量等有助于使用者作出决策的会计信息。

Tujuan**:
1. Menyediakan maklumat 准备资料
2. Mengkomunikasikan maklumat 创达信息
3. Membantu membuat keputusan 做决定
4. Mewujudkan kawalan 建立控制

Huraian:

(i) Ringkasan maklumat perakaunan yang disediakan biasanya dalam bentuk PPK dan PKK. Nota penting bagi akaun-akaun yang berkaitan turut disertakan dalam penyata tersebut.

全部关系会计的资料都总结在我们的ppk和pkk里面,重要的内容全都包括在内。

(ii) Ringkasan maklumat perakaunan ini ditujukan khas kepada pengguna penyata kewangan yang sebahagian besarnya terdiri daripada pengguna luaran.

这堆会计资料通常都是给外部使用者看。

(iii) Mereka akan menggunakan maklumat kewangan tersebut untuk membuat pelbagai keputusan seperti melabur, memberi pinjaman, mengenakan cukai, menggubal dasar dan membuat tuntutan gaji.

拿来做什么?看是否应该投资,借钱,给工钱等等,所以会计如此重要。

Skop Perakaunan Kewangan:

(1) Pengumpulan 收集
Dokumen yang disediakan sebagai bukti urus niaga.

收集资料 = 有证据

(2) Perekodan 记录
Merekod dokumen ke dalam jurnal dan seterusnya pengeposan ke lejar

记录在分录(journal)里面 过后搬去分类帐(ledger)。

(3) Pengelasan 分配
Pengelasan aset, liabiliti, ekuiti, hasil dan belanja

分配资产,负债,权益,收入和支出。

(4) Analisis 分析
Perhitungan nisbah dan tafsiran nisbah bagi tujuan membuat penilaian ke atas kecairan, kecekapan, dan keberuntungan sesebuah entiti perniagaan.

算比率和了解比率来做流动性评估,效率评估,公司盈利能力评估。

(5) Pelaporan 报告
PPK dan PKK.

做出损益表和资产负债表

B. Subbidang/ Bidang-bidang Perakaunan 【会计的专业】


(i) Perakaunan Pengurusan 管理会计

Proses perakaunan melibatkan proses perancangan, kawalan, pembuatan keputusan dan pengurusan syarikat secara keseruluhannya.
(ii) Perakaunan Kewangan 财务会计

Proses perakaunan berkaitan dengan keputusan perniagaan (untung dan rugi) dalam suatu tempoh perakaunan, kedudukan kewangan serta aliran masuk dan aliran keluar tunai yang berkaitan dengan operasi perniagaan.

(iii) Audit 审计

Pengauditan bertujuan memastikan rekod perakaunan yang disediakan mengikut piawaian dan peraturan perakaunan yang diterima umum.

(iv) Percukaian 税收

Meliputi penasihat percukaian, perancangan cukai dan penyediaan penyata cukai

(v) Sistem Maklumat Kewangan 财务信息系统

Satu rangkaian prosedur atau tatacara yang berhubungan antara satu maklumat perakaunan dengan satu maklumat perakaunan.

1.4 Sejarah Perakaunan di Malaysia 【马来西亚会计历史】


1958
  • Penubuhan Persatuan Akauntan Awam Bertauliah atau MACPA (Malaysian Association of Certified Public Accountants)
  • Penubuhan tertakluk di bawah Ordinan Syarikat 1940-1946
  • Bertujuan memberi latihan dan peperiksaan kepada akauntan
1959
  • Penubuhan Persatuan Akauntan-akauntan Malaysia atau MSA (Malaysian Society of Accountants)
1965
  • MACPA ditukar kepada MICPA (Malaysian Institute of Certified Public Accountant)
  • Tertakluk di bawah Akta Syarikat 1965.
September 1967
  • Akta Akauntan 1967 diluluskan di Parlimen.
1967
  • Penubuhan Institut Akauntan Malaysia atau MIA (Malaysian Institute of Accountants)

1.5 Perkembangan Profesion Perakaunan di Malaysia

Badan Kawal Selia:

(a) Institut Akauntan Malaysia (MIA) [Malaysian Institute of Accountants]

Ditubuhkan pada tahun 1969 di bawah Akta Akauntan 1967.

Tujuan:

Memperkembang profesion perakaunan di Malaysia selain bertindak sebagai pendaftar akauntan.

Ahli-ahli MIA:

digelar sebagai Akauntan Awam (PA) dan Akauntan Berlesen (LA).

Fungsi dan Kuasa MIA:

(i) Menentukan kelayakan seorang untuk menjadi ahli

(ii) Mengawal selia akauntan supaya mematuhi peraturan dan etika profesion.

(iii) Mengenakan peraturan terhadap amalan profesion perakaunan di Malaysia.

Badan Profesional:

(a) MICPA/MACPA [Malaysian Institute of Certified Public Accountant]

Ditubuhkan pada tahun 1958.

Tujuan:
Memajukan profesion perakaunan di Malaysia melalui penyediaan latihan dan peperiksaan.

Fungsi dan Kuasa MICPA:
(i) Bertanggungjawab melatih akauntan-akauntan bertauliah.

(ii) Terlibat secara aktif dalam penyelidikan, pembangunan dan pengumuman yang berkaitan dengan perakaunan, pengauditan dan standard-standard pelaporan perakaunan sejak tahun 2002.

(iii) Mengadakan program pendidikan membantu meningkatkan taraf dalam pengetahuan dan kemahiran teknikal para akauntan.

Akta Akauntan 1967

Diluluskan di Parlimen pada September 1967 sebagai panduan dan peraturan untuk memastikan pertumbuhan sihat profesion perakaunan di Malaysia.

Untuk tujuan tersebut, MIA ditubuhkan bertujuan memperkembang profesion perakaunan di Malaysia.

(b) CIMA (Chartered Institute of Management Accounting)

Tujuan:
Melahirkan akauntan yang mahir dalam pengurusan dan pentadbiran perniagaan dan berupaya menangani perubahan yang berlaku dalam perniagaan.

(c) ACCA (The Association of Chartered Certified Accountants)

Tujuan:
Memberi pendedahan tentang peraturan dan undang-undang yang berkaitan dengan amalan perakaunan, kod amalan perakaunan dan etika profesion perakaunan.

Badan Penggubal Piawaian:

(a) Lembaga Piawaian Perakaunan Malaysia (MASB) 

Ditubuhkan di bawah Akta Laporan Kewangan 1997.

Tujuan:
Menyemak dan memperbaiki piawaian perakaunan yang sedia ada menerbit piawaian perakaunan baru.

Fungsi dan Kuasa:(i) Menerbitkan piawaian perakaunan baru
(ii) Menentukan skop dan penggunaan piawaian perakaunan.
(iii) Melaksanakan tugas sebagai penasihat awam kepada akauntan.

1.6 Pengguna Penyata Kewangan

1. Pengguna dalaman

(a) Pihak Pengurusan

Maklumat perakaunan tentang prestasi dan kedudukan kewangan organisasi untuk mengetahui gambaran yang wajar mengenai bonus mereka.

(b) Pekerja

Menilai keputusan pengurusan yang lepas, mengawal aktiviti operasi, membuat rancangan dan keputusan untuk masa depan.

2. Pengguna luaran

(a) Pelabur sedia ada

Mengetahui nilai modal yang dilaburkan serta pulangan dividen.

(b) Bakal pelabur dan rakan kongsi

Mengetahui potensi perniagaan.

(c) Pihak Bank

Menilai kebolehan perniagaan untuk membayar balik hutang bersama faedah atas pinjaman.

(d) Pemiutang

Mengetahui kemampuan menjelaskan hutang jangka pendek.

(e) Agensi Kerajaan seperti Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN)

Menentukan kepatuhan perniagaan kepada undang-undang yang telah ditetapkan dan menentukan jumlah cukai yang harus dikenakan.

1.7 Etika Dalam Profesion Perakaunan

Etika


Maksud: 
Tentang standard perilaku moral yang munasabah ( Reasonable standard of moral conduct )

Kod Etika Profesion Perakaunan:


(a) Keutuhan

Akauntan perlulah mengekalkan prinsip keadilan dan kebenaran.

(b) Kerahsiaan 

Segala maklumat perakaunan adalah sulit dan tidak boleh didedahkan tanpa kebenaran kecuali untuk keperluan perundingan/

(c) Profesionalisme

Akauntan perlu bersikap professional dan mengekalkan standard professional yang tinggi dalam menjalankan tugas.

(d) Urus Tadbir yang Baik

Akauntan perlu peka terhadap fungsi kawalan dalaman serta pengurusan risiko secara efektif.

Ciri-ciri Akauntan Beretika:


(i) Ketekalan 
Amalan atau pematuhan terhadap sesuatu peraturan, andaian atau prinsip oleh perniagaan perlu dilakukan secara berterusan dan tidak boleh ubah sewenang-wenangnya.

(ii) Objektiviti
Transaksi perlu disediakan berdasarkan bukti yang lengkap disokong oleh dokumen perniagaan yang bertandatangan dengan maklumat yang relevan dan sempurna.

(iii) Kerelevanan
Penyata kewangan harus membolehkan penggunanya memperoleh gambaran yang benar dan saksama, dan tiada butiran harus disembunyikan daripada pengetahuan mereka.

(iv) Integriti
Akauntan mesti menyampaikan pandangan dan penilaian mereka secara profesional, sama ada negatif atau positif. Mereka tidak boleh mempunyai konflik kepentingan diri yang boleh menpengaruhi proses mengambil tindakan atau membuat keputusan dalam menjalankan tugas mereka.

(v) Kerahsiaan
Semua maklumat organisasi perlu dirahsiakan oleh akauntan. Maklumat tersebut hanya boleh didedahkan bagi tujuan mematuhi peraturan profesional atau peraturan dan undang-undang kerajaan sahaja.

Kerjaya dalam bidang perakaunan


1. Akauntan Berdaftar
Mereka yang tergolong dalam kategori ini telah akauntan bertauliah, tetapi tidak menjadi pengamal di firma-firma audit perakaunan.

Mereka mungkin bekerja dengan kerajaan atau di sektor industri

2. Akauntan Awam
Akauntan jenis ini mempunyai kelulusan yang sama dengan akauntan berdaftar, tetapi mereka mempunyai sijil pengamal dan menjalankan tugas mengaudit di firma-firma lain.

Salah satu syarat untuk mendapat sijil ialah pengamal telah menjalani latihan 'articleslip' di firma-firma juruaudit.

3. Akauntan Berlesen
Mereka tidak mempunyai kelulusan profesional atau ijazah dalam perakaunan, tetapi oleh sebab sudah lama bekerja dalam bidang audit dan perakaunan, mereka berjaya menimba ilmu daripada pengalaman kerja.

Oleh itu, pihak berkuasa telah membenarkan mereka untuk menjadi pengamal audit/ perakaunan. Namun, kebenaran yang diberi hanyalah pada satu ketika dahulu.

Sekarang tidak ada lagi lesen-lesen baru dikeluarkan untuk mereka.

Oleh itu, bilangan akauntan berlesen menjadi semakin kecil kerana pengamal yang sedia ada akan bersara apabila tiba tempohnya.

没有评论:

发表评论