2021-02-14

【EKO 经济】STPM Penggal 3 Bab 6 第三学期经济第六课笔记

 Bab 6 Kemiskinan dan Agihan Pendapatan


1.0 Kemiskinan

👉 Definisi Kemiskinan [2m]

Suatu keadaan seseorang tidak berkemampuan memenuhi piawaian (standard) minimum keperluan asas yang meliputi makanan dan bukan makanan.

一个人无能力之下无法满足自己的最低基本需求的情况,包括食物和非食物在内。

Kemiskinan dapat diukur dengan menggunakan pendapatan garis kemiskinan (PGK).

PGK 有两种 (2)

1. PGK makanan
2. PGK bukan makanan

👉 Definisi PGK [2m]

Pendapatan isi rumah yang sekatat mencukupi untuk memenuhi keperluan asas dari segi makanan dan bukan makanan bagi membolehkan setiap ahli dalam isi rumah berfungsi dalam masyarakat.

家庭收入足以满足食品和非食品方面的基本需求,使每个家庭成员都能在社会中发挥作用。

👉 Definisi kadar kemiskinan [2m]

Satu ukuran yang menunjukkan peratusan isi rumah yang mempunyai pendapatan kasar bulanan yang kurang daripada PGK.

显示月总收入低于PGK的家庭百分比的度量。(还买得起食物

Formula:

Kadar kemiskinan:

Bilangan isi rumah yang berpendapatan kurang daripada PGK  x 100
                                        Jumlah isi rumah

👉 Definisi kemiskinan tegar [2m]
Satu ukuran yang menunjukkan peratusan isi rumah yang mempunyai pendapatan kasar bulanan yang kurang daripada PGK makanan.

一种衡量方法,显示月总收入低于食品PGK的家庭百分比。

Formula:

Kadar kemiskinan tegar:

Bilangan isi rumah yang berpendapatan kurang daripada PGK makanan x 100
                                      Jumlah isi rumah

1.1 Kemiskinan mutlak, relatif dan tegar**这些一定要背到“滚瓜烂熟”!


💧 Kemiskinan mutlak [2m]

  • Satu keadaan pendapatan bulanan isi rumah yang < daripada PGK (每月家庭收入少过PGK)
  • iaitu pendapatan isi rumah tidak mencukupi untuk memenuhi keperluan asas dari segi makanan dan bukan makanan.(家庭收入不足以满足基本食物和家庭用品之类的需求)

💧 Kemiskinan relatif [2m]

  • Satu keadaan ketidaksamaan dalam pengagihan pendapatan antara kumpulan dalam masyarakat. (社会各阶层之间收入分配的不平等状态。)
  • mengukur ketidaksamaan pendapatan antara negeri, kaum dan strata untuk menggambarkan perbezaan taraf hidup atau kebajikan antara sesuatu kumpulan dengan kumpulan lain. (测量州,种族和阶层之间的收入不平等,以说明一个群体与另一个群体之间生活水平或福利的差异。)

💧 Kemiskinan tegar [2m]

  • Satu keadaan pendapatan bulanan isi rumah < daripada pendapatan garis kemiskinan makanan, (家庭月收入低于粮食贫困线收入的状态)
  • iaitu pendapatan isi rumah yang tidak mencukupi untuk memenuhi keperluan asas dari segi makanan bagi mempunyai tubuh badan yang sihat.
  • (家庭收入不足以满足基本食品需求。)

1.2 Punca Kemiskinan *一定要背(至少三个,最好是明白到完)

a. Kekurangan modal 缺乏资金

Penduduk di luar bandar yang kebanyakkannya menjadinya kegiatan pertanian sebagai punca utama pendapatan mereka sukar memperoleh kredit daripada institusi kewangan disebabkan kegagalan untuk mencagarkan harta dan kedudukan kewangan yang lemah lalu menyebabkan petani menghadapi kekurangan modal. 

(农村人口大多数以从事农业活动为主要收入来源,他们由于无法抵押财产和财政状况不佳而难以从金融机构获得信贷,从而使农民面临资本不足的问题。)

Kesan:

Kekurangan modal menyebabkan daya pengeluan merosot dan pendapatan golongan tersebut akan terjejas

(资本不足导致生产力下降,这些群体的收入将受到影响。)

b. Tingkat teknologi yang rendah dan tidak cekap 技术水平低,效率低

Kekurangan modal dan pengetahuan tentang teknologi moden menyebabkan kebanyakan petani di luar bandar masih menggunakan teknologi yang rendah dalam proses pengeluaran. 

缺乏资金和对现代技术的了解导致大多数农村农民在生产过程中仍然使用低技术。

Penggunaan teknologi yang tradisional oleh petani di kawasan luar bandar menjejaskan daya pengeluaran sektor pertanian lalu menyebabkan hasil pengeluaran tidak dioptimumkan. 

农村地区农民使用传统技术影响农业部门的生产力,从而导致生产未得到优化。

Kesan:

Kos pengeluaran meningkat dan keuntungan petani berkurangan. Pendapatan yang diperoleh oleh petani adalah rendah. 

生产成本增加,农民利润减少。农民的收入很低。

c. Tahap pendidikan yang rendah 低学历
Tahap pendidikan penduduk di luar bandar adalah lebih rendah kerana tidak berminat untuk belajar, gaya hidup yang tradisional dan ketidakmampuan membiayai kos pendidikan yang tinggi. 

由于缺乏对学习的兴趣,传统生活方式以及无法负担高昂的教育费用,农村人口的教育水平较低。

Tahap pendidikan yang rendah menyebabkan seseorang individu sukar mempelajari kemahiran baharu dan sukar menerima pembaharuan yang dibawa oleh kerajaan.

较低的教育水平使个人难以学习新技能,也难以接受政府带来的改革。

Kesan:

individu tersebut tidak mendapat pekerjaan yang menawarkan pendapatan tinggi menyebabkan mereka hanya menyumbang tenaga sebagai buruh tidak mahir yang dibayar upah lebih rendah dan terus dibelenggui kemiskinan.

这样一来,人就无法获得能提供高收入的工作,从而使他们只能作为非熟练劳动者贡献力量,而这些劳动者的工资较低,并继续遭受贫困困扰。


d. Akses pasaran yang terhad 市场准入有限
Penduduk luar bandar dan kawasan pedalaman mempunyai akses kepada pasaran yang terhad kerana lokasi geografi yang luas dan saiz pasaran yang kecil.

农村和农村人口由于地理位置大和市场规模小而进入市场的机会有限。

Ketiadaan ekonomi bidangan dalam pengeluaran dan pemasaran menjejaskan daya saing.

生产和销售缺乏规模经济会影响竞争力。

Kesan:

Penduduk luar bandar tidak dapat memasarkan hasil keluaran untuk menjana pendapatan yang lebih tinggi. Dengan ini, penduduk luar bandar terus kekal di bawah pendapatan garis kemiskinan.

农村人口无法出售他们的产品来产生更高的收入。因此,农村人口继续保持在贫困线以下。

1.3 Kaedah Pengukuran Agihan Pendapatan

Kaedah Persentil **明白就好

Maksud:

Satu kaedah statistik untuk mengintepretasikan data agihan pendapatan dalam bentuk %. 
一种以百分比形式解释收入分配数据的统计方法。

Ia dibahagikan kepada 5 kumpulan yang sama saiz dan setiap kumpulan bernilai 20% atau kuintil.

Data agihan pendapatan yang diperoleh diplotkan pada keluk Lorenz yang menunjukkan ketidaksetaraan agaihan pendapatan penduduk sesebuah negara pada suatu tahun tertentu.

Keluk Lorenz didapati dengan memplot peratus isi rumah kumulatif pada paksi X dan peratus pendapatan kumulatif yang diterimah oleh isi rumah pada paksi Y.

Pekali Gini 

Maksud:

Satu ukuran tentang ketidaksetaraan agihan pendapatan dalam sesebuah negara.

衡量一个国家收入分配不平等的指标。

Nilai pekali gini berada antara 0 dan 1.

0 menunjukkan kesetaraan dalam agihan pendapatan yang saksama. 

0表示公平收入分配相等。

1 menunjukkan agaihan pendapatan yang paling tidak saksama.

1显示了最不平等的收入流。

Semakin besar Pekali Gini, semakin besar darjah ketidaksetaraan agihan pendapatan antara isi rumah.

2.0 Sumber Pendapatan


👌 Upah

Definisi

bayaran yang diterima oleh buruh yang memberikan sumbangan secara tenaga fizikal dan mental kepada firma dalam proses pengeluaran B&P.

在B&P生产过程中为公司做出身心贡献的劳工收到的付款。

Kaedah bayaran termasuklah bayaran upah mengikut masa bekerja atau mengikut hasil kerja.

付款方式包括根据工作时间或根据工作结果支付工资。

Jenis Upah - gaji, elaun, komisen dan bonus.

👌 Pendapatan bukan upah

💨 Sewa

Pendapatan yang diterima oleh pemilik harta (rumah, pejabat, dan kereta) kerana membenarkan pihak lain menggunakan hartanya dalam proses pengeluaran.

财产所有人(房屋,办公室和汽车)因允许他人在生产过程中使用其财产而获得的收入。

💨 Dividen

Sebahagian keuntungan syarikat berhad yang dibayar kepada pemegang saham syarikat pada suatu tempoh tertentu berdasarkan % saham syarikat yang dimiliki.

在一定时期内,有限责任公司支付给公司股东的利润的一部分,基于公司所拥有股份的百分比。

Pendapatan yang diterima oleh individu yang mendepositkan wangnya di institusi kewangan Islam atau institusi lain seperti KWSP pada suatu tempoh tertentu.

在给定期间内将钱存入伊斯兰金融机构或其他机构(例如EPF)的个人获得的收入。

💨 Bunga

Bayaran yang dikenakan oleh institusi kewangan apabila memberikan pinjaman kepada orang ramai.

金融机构向公众提供贷款时收取的费用。

Pendapatan yang diterima oleh individu atau syarikat yang mendepositkan wangnya di institusi kewangan konvensional pada suatu tempoh tertentu.

个人或公司在一段时间内将其资金存入常规金融机构所获得的收入。

💨 Untung

Ganjaran yang diterima oleh usahawan yang menggabungkan faktor-faktor pengeluaran untuk mengeluarkan B&P serta kesanggupannya untuk membuat keputusan dan menanggung risiko.

结合生产要素来生产B&P的企业家所获得的奖励,以及他们做出决策和冒险的意愿。

Pendapatan yang diterima oleh individu yang bekerja sendiri seperti pemilik kedai dan restoran, pemaju perumahan.

自营职业者(如商店和餐馆老板,住房开发商)获得的收入。

👌 Harta Pusaka

Aset atau harta kekayaan yang diterima oleh waris daripada nenek moyang atau orang yang telah meninggal dunia.

继承人从祖先或死者那里获得的资产或财产。

⇁ Harta Pusaka (2)
  • Harta berbentuk alih (wang simpnan, wang tunai, barang kemas, kenderaan) 可以转给别人的资产
  • Harta tidak berbentuk alih ( Tanah, rumah, bangunan) 不能转给别人的资产

👌 Bayaran Pindahan

Pendapatan diterima oleh seseorang individu tanpa memberikan sumbangan dalam proses pengeluaran.

收入是由个人获得的,不参与生产过程。

Contoh:
Biasiswa, pencen, bantuan kebajikan masyarakat, hadiah, elaun pengangguran.

2.1 Dasar Kerajaan dalam Membasmi Kemiskinan dan Kesetaraan Pendapatan

A. Dasar Ekonomi Baru (DEB), 1971 - 1990

Matlamat 

Mengurangkan dan seterusnya membasmi kemiskinan tanpa mengira kaum melalui peningkatan pendapatan dan menambah peluang pekerjaan.

通过增加收入和增加就业机会,减少和消除种族之间的贫困。

Untuk mencapai matlamat tersebut, kerajaan meningkatkan kemudahan infrastruktur, meningkatkan kemudahan kesihatan, meningkatkan kemudahan pelajaran bagi meningkatkan taraf hidup dan kualiti hidup untuk membasmi kemiskinan.

为了实现这些目标,政府将改善基础设施,改善保健设施,改善教育设施,以提高生活水平和生活质量以消除贫困。

B. Dasar Pembangunan Nasional (DPN), 1991 - 2000

Matlamat

menggantikan DEB yang tamat tempoh pelaksaannya pada tahun 1990.

Mengekalkan strategi asas DEB iaitu membasmi kemiskinan dan menyusun semula masyarakat untuk membaiki ketidakseimbangan sosial dan ekonomi antara kaum dan mengukuhkan perpaduan negara.

消除贫困和重建社会,以修复种族之间的社会和经济失衡,并加强民族团结。

Strategi untuk mencapai matlamat tersebut:

Peningkatan latihan kemahiran kepada belia luar bandar melalui bantuan subsidi dan khidmat nasihat.

通过补贴援助和咨询服务,提高对农村青年的技能培训。

C. Dasar Wawasan Negara (DWN), 2001 - 2010

Matlamat

Membasmi kemiskinan strata dan etnik.

消除阶层和种族贫困。

Tumpuan bantuan kerajaan lebih kepada kelompok kecil yang terperinci seperti minoriti orang asli dan kumpulan minoriti di Sabah dan Sarawak.

政府援助的重点更多地放在少数群体,例如土著少数群体和沙巴和砂拉越的少数群体。

D. Dasar Pendidikan Negara 

Matlamat

Membasmi Kemiskinan dengan memberikan latihan kemahiran bagi meningkatkan celik hurus dan melaksanakan pendidikan wajib sehingga tingkatan 5. 

通过提供技能培训来消除贫困,以提高识字率并实施义务教育直至中五。

2.2 Agensi yang membantu Membasmi Kemiskinan

A. Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM)

Definisi:

Agensi kerajaan yang ditubuhkan pada tahun 1946 yang memberikan tumpuan terhadap isu sosial dan pembangunan masyarakat dengan menyediakan perkhidmatan pencegahan, perlindingan, pemulihan dan pembangunan.

Objektif:

Memberi perlindungan dan pemulihan kepada kumpulan sasar

Membangunkan masyarakat melalui perubahan sikap dan peningkatan keupayaan untuk berdikari.

Mewujudkan masyarakat yang berbudaya penyayang

Kumpulan sasar JKM:

1. Kanak-kanak bawah 18 tahun

2. Orang kurang upaya (OKU)

3. Warga emas 60 tahun ke atas

4. Orang Papa

5. Keluarga bermasalah

6. Pertubuhan sukarela kebajikan

7. Mangsa bencana

Skim bantuan kewangan JKM **读过明白就好,最好背名称

1. Bantuan Kanak-kanak (BKK) **重要

Membantu kanak-kanak miskin dan berkepeluan supaya dapat terus tinggal bersama keluarga mereka untuk menikmati kasih sayang, perhatian dan penjagaan sewajarnya.

2. Bantuan Anak Pelihara (BAP)

Menggalakkan pemeliharaan kanak-kanak yang memerlukan jagaan supaya mendapat perhatian dan kasih sayang daripada keluarga ganti dan tidak dimasukkan ke institusi kebajikan atau rumah jagaan kanak-kanak.

3. Bantuan Orang Tua **重要

Membantu warga emas (60 tahun ke atas) yang tiada sumber pendapatan untuk menyara hidup atau tidak berkeluarga atau mempunyai keluarga yang tidak berkemampuan untuk memberi sumbangan.

4. Bantuan Penjagaan OKU Terlantar (BPT) atau Pesakit Kronik Terlantar 

Membantu meringakan bebanan perbelanjaan penjagaan yang dihadapi oleh keluarga penjaga OKU dan Pesakit Kronik terlantar.

5. Elaun Pekerja Cacat (EPC)

Menggalakkan OKU bekerja, hidup berdikari dan menjadi ahli masyarakat yang produktif tanpa bergantung sepenuhnya pada orang lain.

6. Bantuan OKU Tidak Berupaya Bekerja (BTB)

Membantu menyara kehidupan golongan OKU yang tidak berkeupayaan untuk bekerja.

B. Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM)

Tujuan:

Membantu isi rumah miskin keluar daripada garis kemiskinan sekali gus mengurangkan kemiskinan di Malaysia.

AIM juga memberikan kemudahan pembiayaan kecil-kecilan atau kredit mikro kepada pengusaha dari kalangan golongan miskin dan berpendapatan rendah untuk membiayai kegiatan ekonomi yang boleh menambah pendapatan.

AIM menyediakan bimbingan, latihan keusahawanan dan latihan kepimpinan serta khidmat nasihat untuk meningkatkan daya maju usahawan dan sahabat di bawah naungan AIM.

Contoh

Program Bengkel Pembangunan Usahawan dan Peningkatan Kendiri Bersama Noraini's Cookies.


C. Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA)

Tujuan:

Menyelia, menyeleras, mengawal selia dan memajukan pemasaran keluaran pertanian Malaysia, termasuk aktiviti import dan eksport keluaran pertanian.

Fungsi utama FAMA

1. Menyeleras aktiviti-aktiviti pemasaran pertanian sama ada yang melibatkan pihak swasta atau agensi kerajaan.

2. Membaiki sistem pemasaran dan memperluas serta memajukan pasaran baru bagi hasil-hasil pertanian Malaysia.

3. Melibatkan secara langsung di dalam industri pertanian terutama di dalam aktiviti pemasaran atau pemprosesan hasil-hasil pertanian.


D. Baitulmal

Tujuan:

Menguruskan sumber kewangan dan harta masyarakat Islam serta menjadi tempat menyimpan barang-barang berharga seperti emas, perak, dan batu permata.

Menguruskan hal ehwal orang miskin melalui kutipan zakat daripada umat Islam untuk membangunkan sosioekonomi dan membasmi kemiskinan dalam kalangan umat Islam.

Peranan:

1. Membantu batuan kewangan kepada golongan miskin melalui kutipan zakat.

2. Memberi bantuan modal kepada golongan miskin yang ingin berniaga.

3. Menyediakan latihan/pendidikan/biasiswa kepada anak-anak golongan miskin.

2.3 Program yang Membantu Membasmi Kemiskinan

👅 Program Rancangan Makanan Tambahan (RMT)

Definisi:
Bantuan makanan tambahan kepada murid warganegara Malaysia dari sekolah rendah yang bersekolah di sekolah kerajaan dan sekolah bantuan kerajaan dan ibu bapa berpendapatan di bawah paras garis kemiskinan nasional.

Tujuan:
Membantu meningkatkan taraf pemakanan murid

Memastikan pertumbuhan fizikal, kesihatan mental dan kesihatan umum murid sekolah bertambah baik agar murid dapat memberi tumpuan sepenuhnya dalam usaha pengajaran dan pembelajaran di sekolah.

👅 Skim Bantuan Tuisyen

Definisi:
Bertujuan memberi peluang bimbingan tambahan atau tuisyen secara terancang kepada murid miskin Tahun 4, 5 dan 6 di sekolah rendah kerajaan dan sekolah rendah bantuan kerajaan yang lemah dalam mata pelajaran BM, BI, Matematik dan Sains bagi membolehkan murid tersebut menguasai pengetahuan dan kemahiran asas dalam mata pelajaran berkenaan.

👅 Program Pembangunan Rakyat Termiskin (PPRT)

Definisi:
Bertujuan menyediakan pelbagai kemudahan untuk isi rumah miskin supaya isi rumah miskin dapat menjalani kehidupan yang lebih baik.

Program yang dilaksanakan di bawah PPRT untuk membantu golongan miskin termasuklah:
1. Mewujudkan peluang pekerjaan
2. Menyediakan perumahan yang lebih baik
3. Memberikan bantuan pendidikan
4. Memberikan bantuan kewangan kepada golongan tua dan kurang upaya
5. Menjalankan aktiviti untuk meningkatkan pendapatan
6. Memberikan makanan tambahan kepada kanak-kanak.


👅 Skim Pinjaman Buku Teks (SPBT)

Definisi:
Bertujuan meringankan beban tanggungan ibu bapa atau penjaga yang kurang mampu dan memastikan murid daripada keluarga yang kurang mampu tidak tercicir dalam persekolahan mereka.

2 条评论:

  1. 你好学长,STPM Eko Bab 5 未完待续那一篇学长已经完成了吗?还是还有后续?
    笔记真的很好用!!!!!!!!!蟹蟹你

    回复删除