2023-07-16

【Penulisan Ilmiah 马来文】Memandu dalam pengaruh alkohol dan dadah menyebabkan banyak nyawa melayang di Malaysia.

 

MY FIRST ESSAY IN UNIVERSITY 💀(我还活着..) 

1.0 Pengenalan

Belakangan ini, setengah juta rakyat Malaysia telah mengorbankan nyawa disebabkan oleh kemalangan jalan raya. Menurut Pawan (2014), kes kemalangan jalan raya telah dianggar meningkat daripada 1.3 juta orang pada tahun 2010 kepada 1.9 juta pada tahun 2020.

Namun begitu, Malaysia disenaraikan sebagai negara yang mempunyai bilangan kematian ketiga tertinggi di rantau ASEAN dan benua Asia pada tahun 2016 (Lum, 2019). Menurut WHO (2018), Malaysia dilaporkan mempunyai 7152 kes kematian setakat Disember 2016, di mana 87% ialah lelaki manakala 13% ialah perempuan. Menurut Ismail (2017), Kajian Bhat telah mendapati beberapa punca yang menyebabkan kemalangan jalan raya, iaitu termasuk usia muda yang gagal memakai tali pinggang keledar, memandu dalam pengaruh alkohol dan dadah, keadaan jalan raya, tidak mempunyai lesen memandu yang sah dan sikap memandu yang agresif.

Menurut WHO (2013), pemanduan dalam pengaruh alkohol dan dadah meningkatkan risiko terlibat dalam kemalangan jalan raya yang serius. Perkara ini merisaukan kesihatan awam kerana boleh meningkatkan risiko pemandu, penumpang dan pengguna jalan raya. Menurut Mohamed et al. (2012), Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS) telah menjelaskan pemanduan dalam pengaruh alkohol dan dadah adalah tiga belas kali lebih berbahaya mengakibatkan kemalangan jalan raya berbanding pemandu yang tidak dipengaruhi oleh alkohol dan dadah. Masalah ini perlu diberi perhatian oleh semua orang terutama pemandu, penumpang dan pengguna jalan raya yang mengenai kepentingan keselamatan jalan raya di Malaysia.

2.0 Dapatan Kajian

Pemanduan dalam pengaruh alkohol dan dadah merupakan satu faktor risiko yang telah didokumentasikan sebagai punca kemalangan jalan raya (WHO, 2004). Menurut National Center for Statistics and Analysis (NCSA) (2015), pemanduan dalam pengaruh alkohol dan dadah telah dikaitkan dengan kecuaian memandu, kemalangan jalan raya, dan kemautan kemalangan. Sebagai contohnya, kematian di seluruh dunia akibat daripada alkohol telah mencakupi 31% daripada semua kematian yang berkaitan dengan kemalangan jalan raya pada tahun 2014 (NCSA, 2015).

2.1 Pengaruh dadah dan alkohol

Menurut Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) (2017), dadah merupakan bahan yang diperbuatkan daripada bahan sintetik yang boleh menjejaskan perubahan emosi seseorang individu dan memberikan kesan psikoaktif terhadap penagihnya. Menurut Senna (2010), peningkatan masalah dadah di dunia telah menyumbang kepada banyak ketegangan antarabangsa. Menurut Schneider et al. (2009), ubat seperti pil tidur dan opiod yang disediakan oleh doktor ataupun dapat membeli di kaunter untuk merawat penyakit telah disalahgunakan oleh pihak mana-mana bertujuan untuk rekreaksi dan bukan tujuan untuk perubatan. Bukan sahaja ubat ini berbahaya, sebahagian ubat-ubat tersebut dianggap berbahaya bagi keselamatan jalan raya walaupun diambil dalam therapeutic doses. Di samping itu, sejumlah 18,387 penagih dadah telah dilaporkan oleh AADK pada tahun 2010 dan tiga jenis dadah yang paling kerap digunakan oleh pengagih dadah pada tahun 2010 ialah heroin (28.08%), diikuti dengan morfin (22.45%) dan Amphetamine-Type-Stimulant (ATS) ubat sintetik (35.03%) yang terdiri daripada amfetamin, metamfetamina dan ekstasi (AADK, 2010). Menurut Mohamed et al.  (2012), laporan yang diterbitkan mengenai status masalah pemanduan dalam pengaruh dadah dan alkohol tidak mempunyai segala maklumat yang mengenai jenis dadah seperti heoin, morfin dan ATS digunakan oleh pemandu yang melibat dalam kemalangan jalan raya di Malaysia.

Menurut AADK (2017), alkohol adalah sesuatu minuman yang mengandungi ethyl alcohol, ethanol atau grain alcohol yang dapat menyebabkan seseorang menjadi mabuk. Menurut Esposito et al. (2010), kajian fMRI telah menunjukkan alkohol akan merosot persepsi penglihatan dan seterusnya menjejaskan tindak balas seseorang individu. Alkohol juga mempengaruhi mekanisme kawalan kognitif seseorang dan mengurangkan aktiviti saraf di anterior cingulate cortex (ACC) (Marinkovic et al., 2011). Had kandungan alkohol dalam darah (BAC) di dunia adalah antara 0.08mg/ml kepada 0.02mg/ml. Di Malaysia, Akta Pengangkutan Jalan 1987 di bawah Seksyen 44 telah menetapkan BAC pada 0.08mg/ml, iaitu 35 mikrogram alkohol dalam 100 mililiter nafas, 80 miligram alkohol dalam 100 mililiter darah dan 107 miligram alkohol dalam 100 mililiter air kencing (Road Traffic Act, 1987).  Menurut Hartman dan Huestis (2013), penggunaan alkohol dan ganja menyebabkan tubuh badan pemandu lebih lemah dan menghilangkan tumpuan semasa memandu. Halusinasi yang terbentuk boleh mengakibatkan pemandu cenderung mencelah-celah di antara kenderaan dan memotong kenderaan secara berbahaya yang akhirnya berkemungkinan menyebabkan kemalangan jalan raya. Alkohol memberi pelbagai kesan buruk kepada pemandu dari segi pergerakan, persepsi terhadap jarak dan kelajuan, dan tempoh tindak balas terhadap perubahan keadaan jalan raya. Di samping itu, alkohol menyekat pertumbuhan korteks serebrum otak, yang boleh meningkatkan risiko tindakan agresif dan pengambilan risiko dalam kalangan sebilangan individu (Burke, 2006).

2.2 Bilangan kemalangan jalan raya dalam pengaruh alkohol dan dadah di Malaysia

Rajah 1 menunjukkan bilangan kemalangan jalan raya dalam akibat daripada pengaruh alkohol dan dadah di Malaysia (Lampiran 1). Secara keseluruhannya, jumlah kemalangan jalan raya akibat daripada pengaruh alkohol dan dadah di Malaysia menunjukkan peningkatan yang mendadak secara berterusan dari tahun 2010 hingga tahun 2016. Jumlah kemalangan jalan raya akibat daripada pengaruh alkohol dan dadah pula mengalami penurunan pada tahun 2017.

Dalam tempoh kajian tersebut, kes kematian menunjukkan perubahan yang paling ketara berbanding dengan kes kemalangan yang melibatkan kecederaan ringan dan serius. Bilangan kes kematian dalam kemalangan jalan raya akibat daripada pengaruh alkohol dan dadah pada tahun 2010 adalah sebanyak 49 orang dan seterusnya mengalami penurunan kepada 33 orang pada tahun 2011. Bilangan kemalangan jalan raya dalam pengaruh alkohol dan dadah pada tahun 2011 adalah paling rendah berbanding dengan tahun-tahun lain yang dikaji. Selain itu, bilangan kes kematian kemalangan jalan raya mengalami peningkatan yang banyak dari tahun 2011 hingga tahun 2013 sebanyak 174 orang, iaitu daripada 33 orang (2011) kepada 207 orang (2013). Pada tahun 2014, bilangan kes yang terlibat dalam kematian kemalangan jalan raya akibat daripada pengaruh alkohol dan dadah telah menurun sebanyak 14 orang, iaitu daripada 207 orang (2013) kepada 193 orang (2014). Kes kematian tersebut terus menaik daripada 193 orang pada tahun 2014 kepada 237 orang pada tahun 2016, iaitu peningkatan sebanyak 44 orang dalam tempoh tiga tahun tersebut. Oleh itu, bilangan kemalangan jalan raya akibat daripada alkohol dan dadah menunjukkan yang paling tinggi pada tahun 2016 sepanjang tempoh kajian. Selepas itu, kes kematian mengalami penurunan dari tahun 2016 (237) kepada tahun 2018 (54), iaitu penurunan sebanyak 183 orang.

2.3 Kesan pemanduan dalam pengaruh alkohol dan dadah

Menurut Zainury dalam Sinar Harian (2020), Pengaruh alkohol dan dadah menyebabkan pemandu hilang fokus, responsif yang lambat, mengganggu keseimbangan diri dan sukar membuat keputusan dari segi kelajuan kenderaan. Selain itu, tumpuan pemandu menjadi semakin berkurang malah penglihatan akan menjadi semakin kabur dan paling berbahaya kepada pemandu yang sering membuat keputusan luar jangkaan (Zainury, 2020). Untuk menangani masalah ini adalah menghukum pesalah dengan hukuman yang keras dan menyediakan pampasan yang setimpal kepada pihak mangsa untuk terus berhidup dalam keadaan yang lebih berjamin (Lukman et al., 2017).

Menurut Fuad dalam Berita Harian (2020), Seorang lelaki mengalami kemautan selepas melibat dalam kemalangan dengan sebuah kereta pemandu yang mabuk di Lebuhraya Sultan Iskandar. Mangsa lelaki yang terlibat dalam kemalangan jalan raya telah meninggal dunia di lokasi kejadian akibat cedera parah yang serius di kepalanya. Selain itu, seorang anggota polis maut kerana telah dilanggar oleh seorang pemandu mabuk ketika dia sedang melakukan sekatan jalan raya di plaza tol Kajang Selatan di Lebuhraya Kajang-Seremban (LEKAS) (The Malaysian Insight, 2020). Jadi, pemanduan dalam pengaruh alkohol dan dadah akan menyebabkan kematian dan kehilangan nyawa.

2.4 Inisiatif yang dilakukan oleh Kerajaan dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO)

Memandangkan pemanduan dalam pengaruh alkohol dan dadah yang dibuktikan sebagai faktor peningkatan risiko kecederaan dan kematian dalam kemalangan jalan raya, pihak kerajaan dan NGO telah bekerjasama melaksanakan usaha-usaha untuk mengelakkan pemandu menggunakan jalan raya sebaik sahaja pemandu itu mabuk (Mohamed et al., 2012). Pada tahun 2017, AADK telah menggubal Dasar Dadah Negara (DDN) supaya menjadi satu dasar secara menyeluruh yang merangkumi sesuatu bidang keutamaan dalam usaha mencegah, merawat dan memulihkan serta memperkasakan penguatkuasaan undang-undang berkaitan dadah secara holistik (AADK, 2017). Menurut Lum dalam Berita Harian (2019), Pihak kerajaan juga mengambil berat tentang peningkatan kes kemalangan jalan raya dan menangani masalah keselamatan jalan raya di Malaysia secara holistik. Oleh hal yang demikian, kerajaan mengambil pelbagai langkah untuk mengatasi masalah kemalangan jalan raya termasuk menggunapakaikan pendekatan 5E, iaitu melalui pendidikan, penguatkuasaan, kejuruteraan, persekitaran dan penilaian.

Menurut Team dalam Malaysiakini (2020), pihak dewan rakyat telah meluluskan rang undang-undang (RUU) untuk memperkasakan penguatkuasaan hukuman yang lebih berat kepada pemandu dalam pengaruh alkohol dan secara berbahaya yang menyebabkan kecenderaan atau kematian. Akta ini adalah meningkatkan hukuman penjara dan denda yang lebih keras kepada pesalah berulang. Rang undang-undang bagi seksyen 44 telah melibatkan hukuman secara meluas memandangkan pemanduan di bawah pengaruh alkohol dan dadah yang menyebabkan kes kecederaan semakin serius.

Sementara itu, seksyen 44 (1) meningkatkan hukuman pemandu dalam pengaruh alkohol dan dadah yang menyebabkan kematian dipenjara antara 10 tahun hingga 15 tahun dan didenda dari RM50,000 menjadi RM100,000. Pesalah yang berulang dipenjara antara 15 hingga 20 tahun dan didenda dari RM100,000 hingga RM150,000. Pesalah pertama tidak akan dibenarkan untuk memandu sekurang-kurangnya 10 tahun dan pesalah yang berulang tidak akan dibenarkan untuk memandu minimum 20 tahun. Oleh itu, rang undang-undang ini mengehadkan minimum alkohol dalam sistem darah diturunkan daripada 35 mg menjadi 22 mg dalam 100 ml nafas, daripada 80mg kepada 50 mg dalam 100 ml darah, dan daripada 107mg kepada 67 mg dalam 100 ml air kencing.

3.0 Penutup

Kajian ini menunjukkan hasil yang membimbangkan sekiranya seseorang individu memandu dalam pengaruh alkohol dan dadah. Pemanduan dalam pengaruh alkohol dan dadah adalah berkaitan secara langsung dengan kecuaian memandu, kemalangan jalan raya, dan kemautan kemalangan. Selain itu, pemanduan dalam pengaruh alkohol dan dadah adalah tiga belas kali lebih berbahaya mengakibatkan kemalangan jalan raya berbanding pemandu yang tidak dipengaruhi oleh alkohol dan dadah.

Hasil kajian telah menunjukkan bilangan kemalangan jalan raya yang paling tinggi adalah pada tahun 2016 manakala pada tahun 2010 adalah paling rendah. Bilangan kematian kemalangan jalan raya pada tahun 2016 juga adalah paling tinggi berbanding dengan tahun-tahun yang dikaji. Selain itu, pihak kerajaan dan NGO melakukan pelbagai inisiatif, termasuk AADK yang menggubal DDN manakala pihak kerajaan turut memperkasakan penguatkuasaan undang-undang. Akhir sekali, kemalangan jalan raya di bawah pengaruh alkohol dan dadah boleh dibahagikan kepada tiga jenis, iaitu kecenderaan ringan, kecenderaan serius dan kemalangan kematian.

Untuk menyelesaikan masalah tersebut, anggota masyarakat perlu mencadangkan pihak berkuasa bagi menghasilkan pengiklanan yang dapat menjejaskan segelinitir petagih supaya mengubah persepsi mereka terhadap bahaya alkohol dan dadah. Hal ini dikatakan demikian kerana pengiklanan mengenai alkohol kerap didapati daripada media sosial, majalah dan sebagainya. Pada masa yang sama, media sosial sentiasa memaparkan gaya hidup yang dipenuhi pengambilan minuman beralkohol. Sebagai contohnya, imej kedewasaan dan kejayaan yang ditunjukkan dalam iklan-iklan telah memberi impak yang buruk atas kaum remaja untuk mengambil minuman beralkohol.


Senarai Rujukan

Agensi Antidadah Kebangsaan (2010). Laporan Tahunan AADK. Kuala Lumpur: Government Printers.

Agensi Antidadah Kebangsaan (2017). Laporan Tahunan AADK. Kuala Lumpur: Government Printers.

Burke, M. P. (2006). Forensic Medical Investigation of Motor Vehicle Incidents (1st ed.). CRC Press.

Esposito, F., Pignataro, G., Di Renzo, G., Spinali, A., Paccone, A., Tedeschi, G., Annunziato, L. (2010). Alcohol Increases Spontaneous Bold Signal Fluctuations in the Visual Network. Neuroimage 5(3), 534–543.

Fuad, F. (2020). Pemandu mabuk rempuh, seret motosikal 2km. Berita Harian. Dimuat turun daripada https://www.bharian.com.my/berita/kes/2020/06/694971/pemandu-mabuk-rempuh-seret-motosikal-2km?fbclid=IwAR3AJfvrAHlvmnOx5PKK8x963FflSwrLpToy4sBfTTovYSr21jVUYIkpp6k

Hartman, R. L., & Huestis, M. A. (2013). Cannabis Effects on Driving Skills. Clinical Chemistry, 59(3), 478–492.

Ismail, R., & Zaini, N. (2017). Pemanduan Berisiko Dan Agresif Serta Penilaian Terhadap Bahaya Dan Kemalangan Jalan Raya (Risky and Aggressive Driving, Perception towards Hazardous Situation and Road Accident). e-Bangi, 14(5).

Lum, M. (2019). We have the third highest death rate from road accidents. The Star. Dimuat turun daripada https://www.thestar.com.my/lifestyle/health/2019/05/14/we-have-the-third-highest-death-rate-from-road-accidents#:~:text=Malaysia%20has%20the%20third%20highest,are%20all%20in%20single%20digits

Lukman, B. A., Muhammad, A. B. M., Resali, M., Zulkifli, H. & Lukmanul, H. H. (2017). Kaedah Pelaksanaan Sistem Diat dalam Kes-kes Kemalangan Jalan Raya di Malaysia: Satu Tinjauan Awal. Malaysian Journal of Syariah and Law.

Mohamed, N., Batcha, W., Abdullah, N., Yusoff, M., Rahim, S., & Mahmood, M. (2012). Alcohol and drug use among fatally injured drivers in urban area of Kuala Lumpur. Malays Inst Road Saf Res, 1-45.

Marinkovic, K., Rickenbacher, E., Azma, S. & Artsy, E. (2011). Acute alcohol intoxication impairs top-down regulation of Stroop incongruity as revealed by blood oxygen level-dependent functional magnetic resonance imaging. Hum Brain Mapp 3(3), 319–333.

National Center for Statistics and Analysis. (2015). Alcohol-impaired driving: 2014 data (DOT HS 812 231).

Pawan, D. (2014). Road Safety and Accident Prevention in India: A Review. International Journal of Advanced Engineering Technology, 5(2), 64-68.

Road Traffic Act (1987). Road traffic act, Malaysia Law. Act 333. http://www.agc.gov.my/agcportal/uploads/files/Publications/LOM/EN/Act%20333%20-%20Road%20Transport%20Act%201987.pdf.

Schneider, M. F., Bailey, J. E., Cicero, T. J., Dart, R. C., Inciardi, J. A., Parrino, M., & Muñoz, A. (2009). Integrating nine prescription opioid analgesics and/or four signal detection systems to summarize statewide prescription drug abuse in the United States in 2007. Pharmacoepidemiology and Drug Safety18(9), 778–790.

Senna, M. C., Augsburger, M., Aebi, B., Briellmann, T. A., Donzé, N., Dubugnon, J. L., & Sutter, K. (2010). First nationwide study on driving under the influence of drugs in Switzerland. Forensic science international198(1-3), 11-16.

Team, M. (2020). Dewan Rakyat lulus pindaan hukuman lebih berat buat pemandu mabuk. Malaysiakini. Dimuat turun daripada https://www.malaysiakini.com/news/540169

The ASEAN Post. (2020). Drunk driving on the rise in Malaysia. The ASEAN Post. Dimuat turn daripada https://theaseanpost.com/article/drunk-driving-rise-malaysia

The Malaysian Insight. (2020). Cop killed in drink-driving incident near toll plaza. The Malaysian Insight. Dimuat turun daripada https://www.themalaysianinsight.com/s/242576

World Health Organization. (2004). Global status report on road safety 2004.

World Health Organization. (2013). Global status report on road safety 2013.

World Health Organization. (2018). Global status report on road safety 2018.

Zainury, M. A. (2020). Pengaruh alkohol punca pemandu hilang konsentrasi. Sinarharian. Dimuat turun daripada https://www.sinarharian.com.my/article/69686/KHAS/Wacana/Pengaruh-alkohol-punca-pemandu-hilang-konsentrasi

LAMPIRAN






没有评论:

发表评论